Rebecca Ferguson, Rami Malik dan Gaia Furrer antara personaliti yang hadir ke acara tayangan Miu Miu Women’s Tales di Festival Filem Antarabangsa Venice.
Miu Miu meneruskan inisatif dalam meraikan filem pendek dibawah projek Miu Miu Women’s Tales. Pada 4 September lalu, Miu Miu menayangkan filem pendek bertajuk I and The Stupid Boy karya Kaouther Ben Hania. Ben Hania bukan calang-calang direktor, dia pernah mendapat pencalonan dalam Oscar 2021. Melalui filem The Man Who Sold His Skin, sebuah filem asal Tunisia.
Sebagai tanda penghargaan, Miu Miu menjemput sebilangan tetamu VIP mereka untuk meraikan Ben Hania. Selain pengarah Tunisia ini, Miu Miu juga merayakan Isabel Sandoval yang mengarahkan filem pendek bertajuk Shangri-La. Juga sebahagian daripada projek yang dilaksanakan oleh Miu Miu sejak 2011. Makan malam berlangsung di Ca’ Corner Della Regina.