Sejak 30 tahun yang lalu, Hilary Clinton telah mencipta trend melalui gaya peribadinya. Pantsuit yang menjadi pilihan utama wanita ini kini dikenali sebagai power suit.
Ia menjadi simbol keadilan antara lelaki dan wanita, kekuatan dan kecekalan. Mengapa? Ini kerana sut bukan sahaja boleh digayakan oleh lelaki malah wanita.
Gaya ikonik ini sekaligus memberi keyakinan kepada wanita bahawa mereka mampu melakukan apa yang diimpikan termasuklah menjadi presiden sesebuah negara. Berikut adalah beberapa koleksi foto Hilary dalam pantsuit: