Tampil Stylish dengan Koleksi Pilihan Kate Spade New York - Glam Malaysia

Tampil Stylish dengan Koleksi Pilihan Kate Spade New York

TIBANYA MUSIM BUNGA, KATE SPADE NEW YORK MENCETUS GAYA IDEAL PAKAIAN DAN AKSESORI KAYA CORAK UNTUK MENAPAKI HARI-HARI DI BAWAH SINAR MATAHARI. 

Apa yang wajib miliki musim ini? Kate Spade New York tampilkan semarak gaya melalui rangkaian pakaian dan aksesori yang terkandung dalam himpunan musim bunga/panas 2022. Koleksi Kate Spade New York selalu menjadi pendamping setia kerana kaya akan corak, warna dan detail yang unik. Di musim bunga tahun ini, jenama Amerika ini menghasilkan koleksi yang terinspirasi oleh keindahan yang didapati dari kehidupan normal sehari-hari.

Momen-momen sepanjang musim bunga dan panas seperti berkelah, mengunjungi restoran, berpesta, mahupun bersantap di tepi pantai atau ‘road trip’ ke pinggir kota, hal-hal tersebut membuat segala sesuatu terasa lebih indah. Maka itu, Kate Spade perkenalkan beberapa koleksi baharu sebagai pelengkap gaya musim bunga. 

 

FLORAL GARDEN JACQUARD

Kate Spade hadirkan fabrik Floral Garden Jacquard mencampurkan ragam motif dengan warna-warna memikat. Fabrik ini meliputi serangkaian stail dan siluet, turut melangsungkan kolaborasi bersama Limonta. Sama seperti material nilon, jacquard terbukti menjadi item kegemaran. Ditawarkan dalam rona ‘pearl blush’ dan meadow black florals, rangkaian Floral Garden Jacquard mendapat sorotan pada variasi tas, seperti Manhattan tote dan tas tangan the Lovitt. Mencadangkan gaya yang pelbagai, misalnya pergi berkelah bersama keluarga atau teman-teman.

See also
Lokasi Baru New York Fashion Week

AVENUE

Tas Avenue dimunculkan Kate Spade untuk musim ini, rangkaian satchel terkini dalam balutan kanvas dan kulit. Untuk spektrum warna di musim panas, Kate Spade mengedepankan palet warna neutral dengan kontra warna yang segar seperti merah, hijau dan kuning. 

Terdapat dua cara menggayakannya, sama ada silang atau jinjing. Tas Avenue bersifat versatil, tas ideal untuk apa jua acara. 

 

SPADE FLOWER JACQUARD

Deretan Spade Flower Jacquard telah diolah dengan warna-warna awan dedikasi stail musim panas. 

Menggabungkan aspek versatility dan boldness. Menampilkan jaluran kuning dan biru, terangkum dalam ukuran baharu, iaitu Manhattan tote dalam ukuran besar dan mini. 

Tas ini kembali dengan model buatan kulit bermutu yang mengutamakan fungsi, selain tampilan aspek stail. 

 

FLIRTY FUN

Sematkan koleksi beg Petal bertema alam dengan perincian dari alam sekitar seperti elemen bunga dengan rama-rama untuk gaya berpakaian yang lebih semarak. Meninjeksi keseronokkan dalam penggayaan. Koleksi the Wing It adalah pilihan yang tepat untuk di pakai sehari-hari kerana dapat melengkapi kesegaran stail dan memiliki stail yang unik. Tentu sahaja kelihatan stylish untuk paduan dress senada yang anda kenakan. 

See also
Kim Kardashian Adalah 'Elle Woods' Bersempena Halloween

 

COURTSIDE

Satu lagi pilihan beg yang fun, koleksi Courtside yang menyemati sejarah antara sukan tenis dan fesyen. Koleksi kapsul yang merangkumi beg tote untuk penggunaan sehari-hari dengan hiasan cetakan berinspirasikan jaring tenis. Yang disertakan dengan dompet berbentuk bola tenis. Cukup fun bukan?

Tote Tennis yang lebih besar saiznya turut ada, yang mana ruang dalam membolehkan menyimpan pelbagai item, termasuklah raket tenis. Beg silang Doubles Tennis dalam ukuran mini menawarkan butiran unik yang dilengkapi pemegang dan zip yang berinspirasikan sukan tenis. 

Artikel berkaitan: Kisah Cinta koleksi GucciXAriana Papademetropoulos