Sydney Sweeney Dipilih Sebagai Duta Baharu Tory Burch - Glam Malaysia
Sydney Sweeney

Sydney Sweeney Dipilih Sebagai Duta Baharu Tory Burch

Dengan bangganya, Tory Burch mengumumkan bahawa pelakon muda Sydney Sweeney dipilih sebagai duta kasut serta beg mereka.

Pelakon yang berbakat besar dan pemenang anugerah, Sydney Sweeney telah mendapat perhatian global melalui drama TV terbitan HBO, bertajuk Euporia. Sebelum ini Sweeney pernah membintangi filem dan drama TV lain seperti The White Lotus, The Handmaid’s Tale dan filem Marvel yang akan datang, Madame Web.

Dia mula berlakon sejak umur 15, dan pada tahun 2020 membuka syarikat produksinya sendiri bersama Fifty-Fifty Films. Ini adalah platform buat mengangkat up-an-coming pengarah, penulis skrip wanita. Jika tidak sibuk berlakon, dia lebih senang dengan hobi memperbaiki kerata vintaj dan berlatih seni mempertahankan diri.

“Sydney adalah pelakon muda yang mempunyai bakat cukup besar dan releven. Tetapi saya juga teruja dengan rasa ingin tahunya dan keyakinan yang dimiliki,” kongsi Burch. “She is unapologetic and empowered in her approach to acting and business. Saya Sangat teruja untuk berkerja sama pengannya.”

See also
Beg Dior: Ini Lima Yang Wajib Anda Miliki

“Saya terraja untuk menjadi duta buat Tory Burch,” kongsi Sweeney. “Saya adalah peminat setiap baju dan aksesori dań saya mengagumi kerja kerasnya dalam mengangkat wanita. Saya terinspirasi bukan sahaja pada visi Tory, malahan perniagaan yang dibina. Juga, sifat baik dan kedermawaanya. I am so looking forward to the beautiful partnership and meaningful conversations to come.”

Artikel Berkaitan: Cartier Mengilhamkan Ikonografi Klasik Malaysia Dalam Dekorasi Butiknya