Suitcase Secrets
Antara semua item penting seperti bag bagasi, kaftan hingga ke sandal, GLAM Suitcase Secrets kongsi barang paling hangat sekarang yang perlu anda bawa tatkala berlibur!

Sudah pasti anda tidak mahu menghampar tuala besar biasa di pantai dan tuala pantai PUCCI ini menjerit gaya eksentrik

Topeng tidur BOTTEGA VENTA ini menggunakan material nappa memberikan sentuhan lembut serta melindungi cahaya matahari

Kemeja putih menjadi satu asas gaya penting dan kini lebih unik dengan versi baru di CH CAROLINA HERRERA

Barang kemas perlu pilih yang unik dan tampak menyerlah biarpun dalam ceraian polos seperti rantai berloket CHANEL

Kasut sneakers ROGER VIVIER membuat anda bergerak dengan lebih selesa. Lupakan seketika kasut tumit tinggi anda.