Suasana Gemerlap Chanel Métiers D'Art 2017 - Glam Malaysia

Suasana Gemerlap Chanel Métiers D’Art 2017

Malam yang dinanti-nantikan dunia fesyen tatkala diperkatakan tentang Karl Lagerfeld dan Chanel sudah pun berlalu.

 

https://www.instagram.com/p/BNrQUKHgDvr/?taken-by=fashiontomax

 

 

Hingga ke tahap tertentu, pertunjukan yang diadakan di hotel mewah The Ritz itu bernada seni halus dari fesyen secara umumnya. Dengan senarai hadirin setanding MET Gala, acara eksklusif di kota cinta Paris itu melakar sejarah penting bagi dunia fesyen.

 

 

 

Bertemakan #ParisCosmopolite, acara itu mengundang berbagai-bagai kejutan di pentas peragaan, seperti penampilan dari selebriti yang tidak dijangkakan. Antaranya, Pharell Williams, George May Jagger, Lily-Rose Depp dan buah cinta industri peragaan, Cara Delevingne. Wajah baru jenama gergasi itu, Willow Smith turut mendendangkan beberapa buah lagu secara akustik!

 

https://www.instagram.com/p/BNrKeMyjrV-/?taken-by=willowsmith

 

 

“Bagi saya, ia merupakan sebuah idea tertentu kota Paris: Gabrielle Chanel, The Ritz, The Hemingway Bar. Ini adalah perspektif Paris semua orang mahu kembalikan,” kata Karl Lagerfeld WWD ke . “Sebuah inspirasi elegan dari masa silam tetapi bersama pakaian yang cukup moden,” sambung Pengarah Kreatif Chanel itu.

 

 

https://www.instagram.com/p/BNsttlpjyZ-/?tagged=pariscosmopolite

 

 

 

 

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah