Stella McCartney Undang Pengkarya Seni Reka kemeja T Grafik "A to Z" Edisi Terhad - Glam Malaysia
Stella McCartney Undang Pengkarya Seni Lancar kemeja T Grafik "A to Z" Edisi Terhad

Stella McCartney Undang Pengkarya Seni Reka kemeja T Grafik “A to Z” Edisi Terhad

Stella McCartney melancarkan siri kemeja T grafik edisi terhad yang menggarap inspirasi dari Manifesto A to Z dan koleksi musim bunga/panas 2021. Ilham tercetus sewaktu pandemik dan ‘lockdown’ sedang berjalan, Stella McCartney menjalinkan rakan kongsi bersama 26 pengkarya seni dari seluruh dunia untuk mempersembahkan rangkaian kemeja T grafik yang akan dijual secara eksklusif.

Sebanyak 30 helai kemeja T organik untuk setiap satu lukisan akan dihasilkan. Dan dengan keuntungan dari setiap helaian yang terjual, ia akan disalurkan kepada organisasi atau badan kebajikan yang menjadi pilihan pelukis-pelukis tersebut. Pemilihan tersebut bergantung kepada matlamat pelukis-pelukis yang terlibat dalam usaha membantu golongan yang memerlukan. Manifesto A to Z McCartney berekspresi dengan identiti tersendiri dan menggambarkan visi dan misi kehidupan mereka yang terlibat dengan cemerlangnya.

Pelancaran rangkaian kemeja T grafik ini menyimbolkan nilai-nilai kemanusiaan dan kehidupan buat Stella. Yang dizahirkan melalui visi seorang artis yang dipilih sendiri oleh individu di sebalik jenama tersebut, iaitu Stella McCartney sendiri. Projek ini merupakan idea Stella sendiri, yang mana kemelut Covid-19 telah banyak menjejaskan ramai pihak tertentu.

See also
Pereka Fesyen Hanae Mori Meninggal Dunia

Penghasilan koleksi edisi terhad atau boleh dianggap ‘collector’s items’ adalah langkah terbaik buat jenama Stella McCartney untuk memberi balik kepada komunii global dan selaras dengan sebab-sebab terpenting lain. Untuk menyemarakkan lagi projek kreatif ini, beberapa ‘influencers’ bergaya dalam kemeja T A to Z dengan gaya yang tersendiri. Penampilan mereka dikongsikan melalui akaun media sosial masing-masing. Koleksi ini akan menjengah pasaran bermula Januari 2021 dengan pembelian secara online di laman rasmi Stella McCartney.

Stella McCartney
stella mccartney

Artikel berkaitan: Obsesi Seni Loewe, Jonathan Anderson Martabatkan Karya Ken Price Untuk Holiday Collection