Stail Pasangan Hollywood Terbaik Di SAG Awards 2024 - Glam Malaysia
tail Pasangan Hollywood Terbaik Di SAG Awards 2024

Stail Pasangan Hollywood Terbaik Di SAG Awards 2024

SAG Awards ke-30 yang berlangsung pada 25 Januari di Shrine Auditorium and Expo Hall di Los Angeles, California diserikan dengan kehadiran bintang terkenal.

Anugerah berprestij ini memberi penghormatan kepada persembahan filem dan rancangan televisyen terbaik sepanjang tahun 2023. Acara paling mencuri perhatian tentunya kemunculan ikonik bintang Hollywood di karpet merah.

SAG Awards tahun ini menyaksikan selebriti hadir dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama. Anne Hathaway, Selena Gomez dan Emma Stone kelihatan anggun dalam gaun feminin menawan. Barisan selebriti lelaki yang tampil segak termasuk Glen Powell, Taylor Zakhar Perez dan Jeremy Allen White.

Lihat pula gaya pasangan selebriti yang mencuri perhatian di SAG Awards

Pasangan suami isteri ini memilih tema hitam-merah jambu, sama seperti di Golden Globes 2024. Margot Robbie manis dalam gaun mini Schiaparelli berinspirasikan Barbie. Tom Ackerley pula tampil kasual dalam kemeja-T yang dipadankan bersama sut serba hitam.

2024 SAG Awards

 

America Ferrera tampil anggun bak puteri dalam gaun Dior di samping Prince Charming, Ryan Piers Williams. Sedondon berbusana hitam, Ryan memilih sut tiga helai bersama tali leher sepadan.

See also
GLAM Pentas Fesyen: Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 Louis Vuitton

 

Pasangan pengantin baru ini terus mencipta gaya statement di majlis anugerah. Naomi Watts menggayakan gaun separa jarang dengan perhiasan flora manakala Billy Crudup segak dalam sut biru gelap.

 

Brendan Fraser dan teman wanita, Jeanne Mooren tampil sedondon dalam persalinan bertemakan biru.

Brendan Fraser, Jeanne Moore, 2024 SAG Awards, Couples

 

Pasangan ini kembali memeriah karpet merah majlis anugerah setelah sekian lama menyepi. Penampilan Adam Brody dan Leighton Meester ringkas namun sleek di SAG Awards 2024.

 

Robert Downey Jr dan isterinya, Susan sedondon dalam persalinan rona kelabu bersama sentuhan jingga. Aktor berusia 59 tahun ini membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Filem Tebaik menerusi biopik Oppenheimer.

2024 SAG Awards

 

Ciara dan Russell Wilson mencuri perhatian di karpet merah dalam gaun korset rona coklat dan tuksedo serba hitam.

 

Foto: Getty Images/FilmMagic

Baca: Gaya Glamor Selebriti Di SAG Awards 2024