Stail Anna Kendrick Sewaktu Promosi Pitch Perfect 2
More like she’s perfect! Pelakon yang dikenali dengan watak komedi Anna Kendrick mula mencuri perhatian menerusi filem Twilight. Bintangnya semakin bersinar jauh meninggalkan rakan seangkatan selepas tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Oscar hasil lakonannya bersama George Clooney dalam filem Up In The Air.
Gayanya ketika di hamparan merah turut menjadi perhatian lewat ini. Pilihan gaya sofistikated menerusi busana indah mengejutkan ramai sekaligus membuktikan bahawa dirinya setaraf screen siren lain. Lihat gayanya tika rangkaian promosi filem terbaru Pitch Perfect 2.
Sewaktu hadir ke tayangan perdana filem itu di L.A, Anna anggun dalam persalinan Stella McCartney.
Dress pendek Alexander McQueen jadi pilihan tika berkunjung ke kota London.
Ketika di majlis photocall berlangsung di Sepanyol, dress Narciso Rodriguez dipadankan dengan sepatu Stuart Weitzman.