Spotted! Tas Tangan Mewah Pilihan Wanita Berpengaruh
Tas tangan bukan sekadar aksesori, tetapi menjadi cerminan gaya dan cita rasa buat seseorang itu sebagai simbol yang menjadi ekspresi diri. GLAM spotted deretan tas tangan mewah, digayakan oleh figura wanita berpengaruh di Malaysia.
Gaya seorang wanita sering terserlah melalui tas tangan yang disandangnya, lebih-lebih lagi apabila ia dipilih oleh individu yang menjadi sumber inspirasi dalam dunia gaya, perniagaan mahupun sosial. Tas tangan bukan hanya pelengkap penampilan, tetapi satu kenyataan fesyen yang mencerminkan keperibadian dan cita rasa tersendiri. Daripada kemunculan acara eksklusif hingga ke laman sosial, figura-figura tempatan ini tampil dengan padanan tas tangan mewah penuh kekinian, yang nyata melambangkan gaya tersendiri mereka.
Himpunan Tas Tangan Mewah Gaya Ikonik Wanita Berpengaruh
1. Elvina Mohamad
Elvina menyarungkan tas tangan Dior Toujours, rekaan dari koleksi Musim Panas Dior yang mengetengahkan tekstur macrocannage ikonik bermaterial fabrik kulit lembu berkualiti tinggi. Tas tangan ini hadir dengan butiran tali bersilang dan pemegang atas, lantas menjadikan ia sebuah beg yang praktikal sebagai penata gaya harian atau di sesebuah majlis. Rona hitam yang dipilih Datin Elvina Mohamad, mengetengahkan sentuhan feminin dan chic ke atas penampilannya yang tampak kasual namun bergaya.
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.

