Song Ji Hyo Berkongsi Gaya Hidupnya Bersama Fossil
Peminat Running Man pasti mengenali pelakon Korea Song Ji Hyo yang sangat positif, peramah dan outgoing. Terbaharu, wanita cantik ini menyertai kempen Fossil Firsts dan berkongsi pengalamannya bersama Fossil Q Smartwatches.
Get notified. Choose your apps. Make it yours. Fossil Q Gen3, Q venture dan Q Explorist Touchscreen Smartwatches terbaharu sangat memudahkan kehidupan seharian sama ada di tempat kerja mahupun secara peribadi.
“Saya teruja bekerjasama dengan Fossil. Ternyata jenama ini seiring dengan saya yang menggemari gaya klasik namun stylish.”
Direka penuh seimbang dengan fungsi pintar dan bergaya, Q Venture dan Q Explorist sememangnya besar kegunaannya walaupun ia hanya jam tangan kecil yang melilit pergelangan tangan. Jam tangan Q Venture diwakili Song Ji Hyo direka dalam dua gaya—klasik & ringkas.
Kemasan keluli tahan karat rose gold-tone dan sparkling stones membangkitkan gaya mewah Q Venture. Jam tangan klasik berukir dengan kehadiran multi-finish case, tampak ringkas namun tradisional.
Semestinya rekaan jam tangan Fossil memenuhi gaya Song Ji Hyo disemua acara sama ada di permaidani merah atau santai. “Selain berpakaian penuh glamor, saya lebih gemar dengan gaya klasik dan ringkas sahaja. Jadi, saya gemar memakai Fossil hybrid smartwatch kerana walaupun terselah gaya klasik namun ia ternyata sebuah jam tangan pintar. Selain rekaan timeless, ia sangat feminin.”
Kerjaya menuntut Song Ji Hyo banyak menghabiskan waktu di lokasi penggambaran sama ada filem atau TV. Kerana itu dia sukar dihubungi saat bekerja. Hubungan bersama keluarga dan sahabat handai kini lebih teratur begitu juga jadual kerjanya. Menurut Song Ji Hyo, Fossil Q Venture menjadi sahabat baiknya kini.
“Kerana Fossil Q Venture, saya tidak perlu telefon bimbit disebelah tetapi masih mampu menerima pesanan ringkas, panggilan telefon dan notifikasi sosial menerusi jam tangan pintar. Saya juga lebih mudah mengurus jadual aktiviti harian hanya dengan menekan satu butang.”
Ternyata Android Wear App menghubung iphone dan telefon Android kepada jam tangan pintar Fossil anda. Anda akan menerima notifikasi dari semua apps kegemaran anda di jam tangan.
Malah kesibukannya sebagai pelakon tidak membataskan waktunya di rumah menjalani gaya hidup lebih sihat. Tidur secukupnya diperlukan untuk keseimbangan. Maklumlah saat bekerja, dia pasti kurang rehat dan sering keletihan.
“Saya perlu tahu berapa lama saya tidur. Saya mampu mengesan berapa jam saya tidur setiap pagi dengan Fossil Q Accomplice Hybrid Smartwatch,” ujarnya lagi.
Komitmen dengan rancangan Running Man menuntut Song Ji Hyo menjalani jadual senaman yang ketat. “Kerana jadual tidak menentu, saya lebih banyak bersenam di rumah daripada ke gim. Saya juga melakukan regangan pada waktu rehat. Kadang-kadang berjalan sekitar kota seandainya cuaca mengizinkan. Sudah tentu watak di dalam Running Man, membuatkan saya lebih aktif. Kerana banyak pergerakan seharian, pengesan aktiviti di dalam Fossil hybrid smartwatch sangat membantu. Hanya memakai jam tangan, saya boleh memeriksa tahap aktiviti seharian,”ujarnya berkongsi tip dan cara bagaimana mengekalkan tubuh lebih fit.
Gandingan top fitness apps termasuk Google Fit, UA Record by Under Amore, Strava dan RunKeeper pasti banyak membantu.
Waktu lapang di rumah juga dihabiskan dengan memasak, mendengar muzik, membaca buku dan menghafal dialog untuk rancangan TV atau filem. “Jam tangan Fossil memberi manfaat besar dalam kehidupan peribadi saya. Saya tidak perlu jam tangan disebelah untuk memainkan lagu dan saya selesa menikmati setiap saat.”
Mengimbas kenangan silam, Song Ji Hyo menerima jam tangan pertama daripada ibunya. Masih segar dalam ingatan, dia memakainya ke sekolah setiap hari. “Banyak kenangan dilalui, sebagai pelajar, menempuh peperiksaan atau makan bersama teman, jam tangan banyak membantu saya mengesan waktu,” ujarnya mengimbas kenangan jam tangan pertama.
Peredaran waktu mengubah segala-galanya. “Ternyata, saya terkejut kerana jam tangan pintar Fossil terkini saya memiliki semua ciri yang saya perlukan dalam menjalani keperluan asas dengan rekaan klasik analog yang sesuai dengan semua gaya saya. Termasuk, adanya activity tracking feature, jadi sahabat saya untuk kekal fit dan kekal bergaya.”
REBUT PELUANG BERTEMU SONG JI HYO
- Mahu terbang ke Korea dan bertemu dengan pelakon cantik Song Ji Hyo?
- Menangi hadiah tiga (3) hari dua (2) malam untuk dua (2) orang bertemu Song Ji Hyo dengan membeli Fossil Q Gen 3 smartwatch*
- Tempoh Peraduan: 17 September – 8 October 2017
*T&C apply. Sila berkunjung ke gedung Fossil untuk dapatkan maklumat lebih lanjut