Use your ← → (arrow) keys to browse
Barisan pelakon, pengarah, penerbit, dan individu-individu industri perfileman British turut menunjukkan sokongan yang sama sewaktu Golden Globes bulan lepas terhadap gerakan Time’s Up dengan mengenakan persalinan serba hitam atas karpet merah British Academy of Film and Television Arts Awards (BAFTAs). Penampilan serba hitam ini telah memberikan impak yang ketara sejak kali pertama diperkuatkan dan kini nama-nama besar dalam industri perfileman British juga telah tampil untuk membantu menentang ketidaksamaan jantina dalam industri yang besar ini. Aktres seperti Angelina Jolie danĀ Andrea Riseborough tampil dengan aktivis terkenal sebagai teman mereka. Manakala Lupita Nyong’o, Saoirse Ronan, Naomie Harris, dan Margot Robbi juga telah tampil untuk memberikan sokongan mereka. Duchess of Cambridge pula telah tampil dengan dress berona hijau yang secara tidak langsung menunjukkan sokongannya secara telus akibat larangan terhadap kerabat diraja menunjukkan sebarang sokongan terhadap apa-apa kenyataan politik. Klik seterusnya untuk melihat persalinan menawan setiap satu selebriti ini.
Catherine, Duchess of Cambridge, tampil menunjukkan sokongannya secara telus dengan mengenakan perhiasan zamrud yang melambangkan kekuatan feminin. Foto Chris Jackson – WPA-Pool/Getty Images