Sering menjadi buruan lensa tika menghadiri pertunjukan fesyen atau parti mewah eksklusif, gadis cool dengan citarasa tersendiri, Sofia Sanchez Barrenechea menonjol dengan gaya peribadi. Sama ada bergaya dalam persalinan klasik atau bold dan edgy, gadis kelahiran Buenos Aires ini menyerlah dan sering dinobatkan dalam senarai best dressed.
Profesion sebagai Pengarah Kreatif dan peragawati melangkau kerjasamanya bersama jenama fesyen mewah dari Chanel hingga ke Jimmy Choo. Kini dia merupakan pengasas kepada UnderOurSky, sebuah gedung yang menawarkan rekaan dari pereka Argentina. Lihat inspirasi gayanya yang sungguh effortless di sini!