3 Sneakers Pilihan GLAM Untuk Gaya Street Style Anda! - Glam Malaysia
sneakers pilihan

3 Sneakers Pilihan GLAM Untuk Gaya Street Style Anda!

Sneakers menjadi pilihan wanita masa kini sebagai pelengkap gaya harian mereka. Anda pula bagaimana?

Ramai wanita hari ini memilih untuk menggayakan sneakers sebagai pelengkap gaya harian mereka. Paling penting, ianya selesa serta boleh digayakan bersama apa jua busana membuatkan kasut antara wardrobe staples wanita masa kini. Maka, membelanjakan wang untuk pilihan kasut yang betul adalah satu pilihan yang tepat! Sukakan sesuatu yang kasual dan sesuai disarung untuk gaya harian? We’ve got you. 

Gambar: Getty Images

Bintang sensasi K-Pop seperti Jennie daripada kumpulan BLACKPINK adalah antara penggemar sneakers. Sering menggayakan jenama Adidas setiap kali ke latihan konsert jelajah dunia mereka. Idola fesyen, Hailey Baldwin, juga popular dengan gaya “cool girl” pernah menyarungkan New Balance 9060 dan 550. Manakala, Gigi Hadid baru-baru ini dilihat menggayakan Adidas Samba kala off-day nya. 

3 sneakers pilihan GLAM untuk gaya harian anda! 

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 COACH Runner Sneaker

Kasut stail klasik bermaterialkan campuran suede dan kulit bersama perincian seperti Coach Signature ini adalah antara yang perlu anda miliki. Jenama ini turut menggunakan tapak kusyen EVA yang sangat selesa membuatkan perjalanan harian anda tidak memenatkan. 

See also
5 Beg Ini Boleh Digaya Setiap Masa,Tidak Kira Situasi

sneakers pilihan