Since 1854 Menguntum Memori Vintaj - Glam Malaysia

Since 1854 Menguntum Memori Vintaj

Nicolas Ghesquiere di Louis Vuitton mahu memberi penghormatan fesyennya dengan cara tersendiri. Maka dilancarkan satu koleksi yang menjulang lambang ikonik Louis Vuitton yang terkenal dengan corak monogram serta digabungkan pula tahun keramat 1854, yakni detik terlancarnya jenama Louis Vuitton. Koleksi Since 1854 ini menjadi taruhan baru Ghesquiere buat pencinta Louis Vuitton yang cukup indah dengan selitan sejarah juga paduan corak bunga juga simbol LV.

Since 1854 adalah corak baru yang dihiasi dengan corak monogram yang mana diperkenal sejak 1896 oleh Georges Vuitton dan terinspirasi daripada jubin dapur rumah mereka yang terbina sejak 1859. Lalu diabadikan pada motif monogram pertama Louis Vuitton yang diselitkan cita rasa neo-gothic. Gabungan arkib yang sarat seni dan cerita ini memberi idea kepada Ghesquiere dalam penghasilan motif corak monogram Since 1854. Juga cintanya mereka pada budaya Jepun diabadikan pada nombor 8 yang seakan mencipta ilusi ala bunga asal Jepun.

Koleksi Since 1854

Himpunan ini menghiasi beg-beg seperti Dauphine, Neverfull dan Petit Neo. Serta menjadi pilihan material untuk koleksi pakaian asas jaket, seluar juga baju. Ada dua warna sebagai pilihan debut yakni hitam dan burgandy, manakala awal tahun 2021 akan dilancarkan pula Since 1854 dalam versi denim.

MEMORI VINTAJ DILESTARIKAN DENGAN KOLEKSI SINCE 1854 8