Sepuluh Bintang "BERSINAR" di Karpet Merah Cannes - Glam Malaysia
Sepuluh Bintang "BERSINAR" di Karpet Merah Cannes

Sepuluh Bintang “BERSINAR” di Karpet Merah Cannes

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

KARPET MERAH DI FESTIVAL FILEM CANNES TAMPAK MEWAH DENGAN KEHADIRAN BINTANG-BINTANG TERNAMA. PERAGAAN ADIBUSANA MENJADI TUMPUAN UTAMA. SIAPAKAH BINTANG YANG BERSINAR DI CANNES YANG LEPAS?

Berita baik buat semua, red carpet is back! Bintang-bintang Hollywood juga dari seluruh dunia berkumpul di destinasi ikonik Selatan Perancis, menghadiri acara gemilang Festival Filem Cannes. Satu lagi acara seni yang sentiasa beranjur gemilang, menyaksikan barisan selebriti dan penggiat filem memukau dalam busana pilihan masing-masing. Banyak juga ‘red carpet looks’ yang ikonik pernah tercetus sepanjang perlangsungan Filem Festival Cannes saban tahun. 

Festival Filem Cannes tahun ini kembali selepas ia dibatalkan pada tahun 2020 kerana situasi pandemik yang membimbangkan. Bertujuan untuk meraikan naskhah-naskhah baru para pengarah dan produser filem, di samping itu berpeluang mendekati para pelakon yang terlibat dalam filem tertentu. 

Berlangsung meriah pada minggu lepas, kehadiran Bella Hadid, Adam Driver, Marion Cotillard, Matt Damon dan Charlotte Gainsbourg bersama ibunya, Jane Birkin melewati karpet merah antara yang paling mengujakan dan mendapat liputan meluas. The world are watching them! 

Bella Hadid memukau dalam adibusana vintaj Jean Paul Gaultier, Carla Bruni pula ‘effortlessly’ menawan dalam gaun Celine dan barang kemas Chopard serta Jodie Foster dalam balutan Givenchy antara momen karpet merah yang diingati kali ini. Berlian menjadi perhiasan diri yang melengkapi gaya karpet merah mereka. Terbukti, para selebriti seakan ‘membalas dendam’ untuk keluar bergaya sakan dalam rekaan-rekaan hebat. Apalagi setelah lebih setahun terpaksa ‘lockdown’ di rumah untuk berlindung. GLAM menyenaraikan sepuluh wanita yang bersinar di karpet merah Cannes 2021. 

See also
Fesyen Karpet Merah Paling Mencuri Perhatian Di Brit Awards 2024

  1. BELLA HADID DALAM VINTAJ COUTURE JEAN PAUL GAULTIER

Cannes 2021