Para penggemar fesyen pantas mengenali jenama sepatu yang dipakai orang, dari tapak merah Christian Louboutin hingga ke rivet dan stud Valentino.
Sumber: Kevin Mazur / WireImage
Kenali Alexandre Birman, jenama kasut yang menjadi obsesi baru selebriti di seantero dunia! Stail Clarita merupakan yang terhangat daripada mereka, seperti yang dipakai oleh blogger Chiara Ferragni dan ikon fesyen Anna Dello Russo.
Walaupun rupanya ringkas, ia tetap chic dipakai siang dan malam, untuk apa jua acara. Simpul minimal di buku lali memberi karakter feminin kepada pemakai, seakan kenyataan bold dari tapak merah Louboutin yang telah lama mendominasi dunia sepatu designer.
Tidak mengejutkanlah bahawa jenama berasal Brazil ini sudah menjadi penghuni tetap di almari selebriti, meskipun harganya mencecah $600 dollar! Kendatipun Clarita baru menjadi buah mulut fashionista selepas menghiasi halaman majalah Vogue (Februari 2014), ia sudah lama wujud. Ia diilhamkan semasa koleksi luruh 2013 jenama itu. Sepatu