Sepatu Dongeng Cinderella Menjadi Realiti Dengan Sentuhan Jimmy Choo

Sepatu Kaca ‘Cinderella’ Diabadikan Oleh Jimmy Choo

Sudah menjadi impian ramai gadis di luar sana untuk menyarung sepatu kaca dalam kisah dongeng Cinderella dan nampaknya Jimmy Choo telah merealisasikan impian jutaan gadis itu dengan visi terbarunya melalui koleksi ikonik 'Cinderella' mereka.

 

Bertatahkan permata Swarovski, koleksi ini turut menampilkan beberapa rona baru dan juga sepatu berserta tas tangan yang boleh membuatkan the original Cinderella bangga mahupun cemburu.

Yang istimewanya koleksi kali ini adalah setiap pasang sepatu akan dibuat khas berdasarkan tempahan anda dan setiap satunya menampilkan 7000 biji kristal Swarovski yang tersedia dalam tiga bentuk berbeza; dari kasut flats hingga ke tumit tinggi berukuran 110mm.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse