Sentuhan Sarah Burton Mengorak Langkah Di Givenchy - Glam Malaysia

Sentuhan Sarah Burton Mengorak Langkah Di Givenchy

Sejarah berulang kembali. Sarah Burton menyambung legasi McQueen di Givenchy. Pelantikan ini menandakan satu pencapaian besar buat fesyen. 

Sarah Burton, kini beliau membawa angin perubahan sebagai pengarah kreatif di Givenchy. Pereka fesyen terkemuka dari Britain yang terkenal sebagai pengarah kreatif di rumah fesyen mewah Alexander McQueen dan peranannya dalam dunia fesyen tinggi. Dinyatakan Burton melepaskan jawatannya dari Alexander McQueen tahun lepas, beliau teruja “untuk membawa visi, sensitiviti, dan kepercayaan saya sendiri ke Givenchy.” “Ini satu penghormatan besar untuk menyertai rumah fesyen indah Givenchy, ia bagaikan permata,” kata Burton.

Sarah Burton Menyulam Inovasi dan Gaya Buat Era Keemasan Givenchy

sarah burton

Justeru, pelantikan Burton di Givenchy adalah babak baharu yang menarik untuk jenama ini. Beliau merupakan salah seorang pereka yang paling dihormati dalam dunia fesyen, bukan hanya kerana kemahiran dan visinya yang luar biasa, tetapi juga kerana pendekatannya yang rendah hati dan berpusatkan pasukan dalam mengarah kreatif. Burton dan team bersama-sama saling menyerap segala yang akan memberi ilham kepada karya-karya menakjubkan yang akhirnya akan dipersembahkan di pentas peragaan.

See also
Lady Dior Eksklusif Sempena Pembukaan Butik Suria KLCC

 

Di bawah bimbingan Pengarah Kreatif Sarah Burton, jenama Alexander McQueen terus berkembang maju, kekal setia kepada visi pengasasnya sambil berkembang mengikut peredaran zaman. Daripada motif tengkorak ikonik hingga jahitan yang begitu teliti dan halus, kekal sebagai simbol kemewahan berani dan ekspresi diri yang unapologetic. Menyambung legasi McQueen, Burton dikenali dengan melembutkan nada gelap dan teatrikal yang kadangkala terdapat dalam koleksi Alexander McQueen, sambil menambah sentuhan keanggunan dan kelembutan sendiri, tanpa mengabaikan estetika dramatis dan sempadan yang didorong oleh McQueen.

sarah burton

Alexander McQueen SS11, Burton’s first solo collection for the brand. Photo: Francois Guillot/AFP via Getty Images

Alexander McQueen FW14. Photo: Marcus Tondo

Alexander McQueen SS22.

Alexander McQueen FW21. Photo: Paolo Roversi / Courtesy of Alexander McQueen

Alexander McQueen SS17. Photo: Kim Weston Arnold / Indigital.tv

Seterusnya, Burton meraih pengiktirafan antarabangsa selepas mencipta gaun perkahwinan ikonik untuk Catherine Middleton (kini Puteri Wales). Bagi majlis perkahwinannya dengan Putera William pada tahun 2011, yang melambungkan namanya ke persada dunia dan memahat legasinya dalam sejarah fesyen global. Burton seorang figura yang disanjung dalam industri fesyen.

See also
GLAM Eksklusif: Kempen Trinity Cartier Bersama Jisoo

 Koleksi pertama Givenchy beliau akan dipersembahkan pada Mac 2025.

Akhir kata, Sidney Toledano, pengerusi lembaga Givenchy, berkata dalam satu kenyataan pagi ini. “Sarah Burton ialah bakat kreatif yang luar biasa, dan saya telah mengikuti hasil kerjanya dengan penuh minat selama bertahun-tahun. Saya gembira beliau menyertai Givenchy hari ini.”  “Visi dan pendekatannya yang unik dalam fesyen akan menjadi sangat berharga bagi Maison ikonik ini”. – “Yang cukup terkenal dengan keberanian dan haute couture-nya.” “Saya yakin bahawa kepimpinan kreatifnya akan menyumbang kepada kejayaan masa depan dan kedudukan antarabangsa Maison ini.” kata Toledano.