Use your ← → (arrow) keys to browse
7. Ellen Hodakova Larsson
Ellen Hodakova Larsson merupakan pereka fesyen buat label Hodakova, sebuah jenama fesyen mewah yang dikenali dengan esen kemampanan dan penceritaan pada koleksinya. Walaupun merupakan antara pereka fesyen wanita yang baru meningkat naik, Larsson tampil berbakat dalam menghasilkan himpunan koleksi pakaian yang nyata memukau. Karya seninya menampilkan nafas baharu, menganyam naratif masa dan juga sejarah untuk setiap reka desainnya yang kontemporari.
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.