Sensualiti La Medusa - Glam Malaysia

Sensualiti La Medusa

MEDUSA ADALAH IKON KECANTIKAN YANG UNIK. IA CUKUP SIGNIFIKAN BUAT RUMAH FESYEN VERSACE MASAKAN TIDAK BERGELAR INSPIRASI ARTISAN VERSACE UNTUK SABAN MUSIM. DEDIKASI MUSIM BUNGA 2021, VERSACE PERKENALKAN TAS TANGAN LA MEDUSA DALAM BALUTAN VARIASI WARNA LANTANG YANG DIHADIRKAN BUAT WANITA MEMERIHALKAN KEBEBASAN MELALUI PENAMPILAN. 

Bercakap fasal Medusa, semestinya kita menyentuh suatu citarasa yang sememangnya akrab buat rumah fesyen Versace. Mitos Medusa merumuskan tentang kecantikan, jiwanya juga karakter unik yang mencirikannya. 

Medusa diingati sebagai sosok tercantik di Athens, seringnya menjadi dambaan sesiapa yang pernah mendekatinya. Karakter unik Medusa mencetuskan rasa kagum buat Versace, lalu menawarkan ketukangan dari aspek elemen seni reka dan juga pemilihan warna mewah melalui rangkaian tas tangan terkini, La Medusa. 

La Medusa antara sorotan utama aksesori Versace untuk musim ini. 

Pilihan warna, tesktur dan kemasan yang ada pada La Medusa, nyata berpegang teguh pada kecirian Medusa bercampur identiti Versace itu sendiri. 

See also
Millennial It-Girl: Aimee Song

Sensual, tegap dan berkonstruksi unik-diberi sentuhan signatur Versace, iaitu plak berbentuk kepala Medusa. Plak yang sama seperti yang terdapat pada pintu utama Via Gesù 12 yakni ibu pejabat pertama Versace di Milan. Dekoratif tersebut mengimbuhi butiran tambahan, selain menonjolkan dimensi fesyen yang unggul. 

THE DV BLUE

La Medusa diperkemaskan seleksi warna ‘bold’ menggarap inspirasi pementasan Versace untuk musim bunga 2021 iaitu alam lautan, yang cukup elegan dan penuh glamor seperti jingga, merah, merah jambu. Namun terdapat warna khusus yang Versace fokuskan yakni the DV Blue. 

Donatella Versace mengolah idea sebaik mungkin untuk mendapatkan warna biru yang sempurna kerana biru merupakan warna kesukaannya secara peribadi. Katanya lagi, pemilihan warna biru terinspirasi dari alam dan direka bersepakat untuk mencetuskan rasa gembira buat individu yang menggayakannya. 

“Biru adalah warna kesukaan saya kerana simbolik kepada kebebasan. Pabila saya berada di laut, dikelilingi alam dan ditemani pemandangan awan biru, saya berasa gembira,” kata Donatella Versace lagi.

See also
Laporan Fesyen: Semangat Minimalism

Material kulit bermutu dan lembut yang diperbuat daripada Itali, tanpa ragu mementingkan estetik budaya ketukangan. Inovasi unik La Medusa dilengkapi tali beg kontra warna yang boleh dilaraskan, menyediakan opsyen gaya yang pelbagai. 

Trik menggayakannya pula, sama ada disilang, digantung pada bahu atau dijinjing bersahaja, memerihalkan gaya kekinian. Tertumpu pada segenap identiti wanita. Jelas terpampang ciri klasik nan kontemporari serta bernada muda, tanpa membataskan tujuan membawanya. Struktur segar La Medusa tidak gentar pada tetapan gaya dengan mencadangkan canda gaya yang pelbagai. Now, which colour will you choose?

Alamat butik Versace:

Versace

Level 2 & 3, Couture Pavilion, Pavilion KL, Bukit Bintang, 55100. Kuala Lumpur

#Versace #VersaceMY #VersaceSS21 #VersaceLaMedusa