Seni Pemberian Hadiah, Edisi Dior! - Glam Malaysia

Seni Pemberian Hadiah, Edisi Dior!

Raikan musim perayaan tahun ini dengan koleksi terkini Dior, pelbagai rangkaian item yang eksklusif seperti tas tangan ikonik, aksesori berkilau mahupun dekorasi rumah mewah sebagai idea hadiah yang menyuntik keanggunan abadi.

Apabila musim hujung tahun semakin menghampiri, Dior meraikan detik perkongsian yang penuh magis dengan rangkaian istimewa yang memancarkan pesona musim sejuk dan keindahan abadi. Berinspirasikan semangat Roman daripada koleksi Dior Cruise 2026, setiap helaian dan aksesori tampil dalam palet rona bercahaya yang menyatukan keberanian dan kehalusan sebagai nadi utama satu kod ikonik Dior yang melangkaui masa. Himpunan koleksi bukan sekadar hadiah, tetapi sebuah perayaan estetika yang menjanjikan keanggunan luar biasa, menjadikannya pilihan ideal untuk musim perayaan tahun ini sambil menghargai seni warisan dan kemewahan tulen.

Himpunan Koleksi Dior Penuh Eksklusif Buat Musim Perayaan Ini

Bagi pencinta barangan kulit mewah, Dior memperkenalkan seleksi tas tangan yang menjadikan seni pemberian sebagai satu pernyataan gaya. Siluet ikonik Lady Dior tampil dalam versi dua tona putih dan emas, dihiasi benang metalik yang menambah sentuhan eksklusif. Koleksi Dior Toujours dan D-Journey pula diperindah dengan kulit emas crackled yang menyerlahkan kepakaran Ateliers Dior, menghadirkan lambang savoir-faire yang timeless. Melengkapkan rangkaian ini, Dior Voyage hadir dengan lengkungan lembut dan rona latte yang sofistikated, cukup sesuai menjadi hadiah yang mencerminkan kemewahan bersahaja namun penuh karakter.

See also
Hasil Seni John Galliano Buat Dior Diabadikan!

Tidak terhenti pada tas tangan, Dior turut menawarkan idea hadiah yang merangkumi fesyen dan aksesori yang bersifat feminin dan penuh keanggunan. Koleksi ready-to-wear menampilkan dress malam yang beralun indah, jaket berstruktur serta helaian harian yang nyata versatil. Buat koleksi sepatu pula, Very Dior ballet flat mentafsir semula inspirasi kasut balet klasik, hadir dalam material tulle sulaman lutsinar bermotif Millefiori atau kemasan sequin putih dan perak, dilengkapi tali bersilang dengan inisial “CD” yang menjadi identiti keanggunan label mewah ini. Tidak dilupakan juga dengan perhiasan Dior Tribales dihiasi mutiara, rhinestones dan mother-of-pearl dengan simbol tuah Dior termasuk bintang, semanggi, lebah dan hati, lantas menjadikan ia hadiah penuh sentimental untuk musim perayaan kali ini.

 

Untuk mereka yang ingin menghadiahkan sesuatu yang melangkaui fesyen, Dior Maison mempersembahkan dunia dekorasi yang memukau. Motif Dioresque Butterfly berinspirasikan kemewahan baroque diterjemahkan melalui sulaman benang emas pada lilin, kusyen, hiasan Krismas dan pinggan hiasan. Koleksi Dior Cristal pula menyerlahkan elemen warisan seperti cannage dalam permainan cahaya dan transparensi pada kaca, mangkuk dan pemegang lilin. Setiap item bukan sahaja memperindah ruang, tetapi membawa bersama aura magis Dior, sebagai gifting ideas yang benar-benar luar biasa.

See also
The Best Moments Dari Pentas KLFW 2021

Artikel berkaitan: Dior D-Motion: Item Fesyen Mesti Miliki Musim Ini

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.