Sembang Fesyen: Jovian Mandagie - Glam Malaysia

Sembang Fesyen: Jovian Mandagie

Jovian Mandagie

Jovian Mandagie


 
Cita rasanya terkenal dengan unsur peribumi dua negara berbeza; Malaysia dan Indonesia. Menjulang namanya dalam persada fesyen tempatan, Jovian Mandagie melebarkan sayapnya menakluki bumi Di Bawah Bayu dan bakal mencipta suatu evolusi terbaru.
 
Mengapa Kota Kinabalu menjadi pilihan anda?

Ketika pelancaran ready-to-wear Jovian Mandagie tiga tahun lalu, saya lihat rata-rata tetamu yang hadir adalah warga Sabah. Mereka gemarkan setiap rekaan yang saya hasilkan. Secara tidak langsung, saya terfikir untuk menempatkan diri di Kota Kinabalu dan akan memberi servis terbaik pada mereka.
 
Disebalik kisah ‘The House of Jovian Mandagie’?

The House of Jovian Mandagie merupakan satu legasi sempurna pernah saya garapkan. Jika Shah Alam menjadi gedung terbesar Jovian, di sini konsepnya lebih eksklusif di samping rekaan penuh ruang butik yang ditempatkan dalam sebuah banglo mewah dan menampilkan himpunan lengkap Jovian Mandagie.
 
Ilham J Luxe?

J Luxe merupakan koleksi bebas yang melengkapkan wanita muslimah dalam menata rias setiap gaya mereka. Malah, memberi peluang kepada mereka untuk lebih kelihatan cantik dan sesuai digayakan di semua majlis. J Luxe digelar juga sebagai koleksi signature.
 
Bagi penghasilan busana Couture, bagaimana ia dilaksanakan?

See also
Barisan Model Yang Mewakili Kepelbagaian & Inklusiviti Dalam Dunia Fesyen

Proses penghasilan busana Couture hanya dilaksanakan di gedung Atelier Jovian Mandagie di Kuala Lumpur. Setiap tempahan, mengukur dan pemilihan fabrik boleh dilaksanakan di butik Kota Kinabalu. Proses tersebut akan dikendalikan sendiri oleh saya atau penolong pereka.
 
Istimewanya mengenai koleksi Edisi Deluxe?

Koleksi Edisi Deluxe merupakan himpunan paling istimewa. Kehadiran Lisa Surihani yang turut berkolaborasi dalam koleksi ini membias sedikit sebanyak akan gaya personalnya.
 
Himpunan terbaru?

Buat julung kalinya, warga Kota Kinabalu menyaksikan sendiri himpunan terbaru Jovian Mandagie iaitu Gems yang dihasilkan dengan siluet feminin. Pilihan warna adalah lebih terang dan perincian batu permata menjadi subjek utama.
 
[soliloquy id="49644"]
[soliloquy slug="sembang-fesyen-jovia-mandagie"]