Sembang Fesyen: Ana Abu - Glam Malaysia

Sembang Fesyen: Ana Abu

ana-abu
 
Mempraktikkan kepakaran visualnya dengan menampilkan rekaan minimalis serta bijak menyelaras nuansa neutral tampil moden.
 
Ceritakan tentang perkembangan di Aanabu? 

Kami baru sahaja melancarkan pembelian online menerusi website kami. Jika dahulu hanya melalui Instagram dan whatsapp sahaja. Laman web anaabu.co ini lebih mudah kerana segala maklumat tentang produk, lookbook, katalog, membership, peluang kerjaya boleh diperolehi di laman ini. Kini, kami masih merangka beberapa cabang kepentingan website ini. Untuk produk, kami perlu bijak menyusun cara memperkenalkan rangkaian baru pada setiap bulan juga, perlu tangkas menghasilkan rekaan setiap suku tahun.
 
Bagaimana anda boleh bermula dengan perniagaan baju?

a bermula dengan idea menjual pakaian preloved ibu saya semasa semester akhir di universiti untuk menampung sedikit perbelanjaan ketika belajar. Sedikit demi sedikit, selepas tamat pengajian saya mula aktif dengan penjualan vintaj dan blogshop sehingga 2013 saya memiliki kedai sendiri.
 
Pendapat anda bagaimana sosial dan digital memberi peranan besar pada perkembangan di Anaabu? 

See also
Emporio Armani Spring 2016

Saya bermula dengan media sosial (blogshop, Facebook dan kemudian Instagram). Medium ini sangat membantu perniagaan kami terutama daripada segi exposure dan free marketing. Pada saya brand presence dan visual presentation sangat penting untuk menarik pelanggan. Jadi media sosial seperti Instagram dan Facebook bantu menonjolkan identiti jenama kami.
 
Apakah signature dan hala tuju rekaan di Anaabu? 

Kami bermula dengan quirky vintage but as the time goes, in 2015 we have a distinctive identity of having minimal and modest looks. Kami cuba menghasilkan rekaan yang ringkas tetapi unik dan praktikal.
 
Apa persediaan anda untuk 2016? 

Setiap tahun, kami cuba tetapkan impian untuk dicapai. Untuk 2016, kami bercita cita menambahkan ilmu fesyen dan mahir tentang inovasi pembuatan pakaian serta mahu membuka cawangan baru, insha-Allah.
 
Quote kegemaran anda yang memberi inspirasi sehingga hari ini?

Success is never ending, failure is never final oleh Robert Schuller. It keeps me going! 
 
 Pada anda definisi wanita kini adalah…

See also
Louis Vuitton Perkenalkan Art Silk Squares Sentuhan Seni Kontemporari

Yakin dan sederhana.
 
Antara koleksi Ana Abu
 
ana-1
 
ana-2
 
ana-3
 
Koleksi runway kesukaan Ana Abu
 

img_7471-dkny

DKNY


 
img_7472-the-row

THE ROW