Gaya Selebriti Wanita Yang Hadir Ke Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024
Acara Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024 baru sahaja berakhir minggu lalu dan gaya-gaya selebriti yang hadir menjadi bualan ramai.Β
Selepas KL Fashion Week, pentas fesyen di Malaysia bersambung dengan Mercedes Benz Fashion Week KL 2024 pula. Bertempat di Sentul Depot pada 16 hingga 18 Ogos 2024 yang lalu pereka-pereka Malaysia berjaya menampilkan rekaan yang menawan dan luar biasa. Acara fesyen ini dihadiri ramai bintang tanah air. Gaya anggun dari wanita-wanita yang menghadiri acara fesyen ini menarik minat orang ramai. GLAM akan berkongsi 7 selebriti wanita yang hadir ke Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024.Β
#1 Yaya Zahir
Yaya Zahir yang menghadiri acara Brian Khoo membuat kemunculan dengan busana metalik dari jenama itu sendiri. Gaya rambut slicked back yang digayakan olehnya memberi sentuhan kemas untuk keseluruhan gayanya.
#2 Datin Elvina MohamadΒ
Datin Elvina Mohamad muncul dengan jumpsuit berona biru muda ketika menghadiri acara Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024 untuk jenama YULEZA.
#3 Francisca Luhong
Miss Universe Malaysia ini tampil di acara Dickson Lim dengan busan dsri jenama itu sendiri. Gaun yang kelihatan seperti sut berona biru dilengkapi dengan tas tangannya yang berona silver.
#4 Amber Chia
Pelakon dan model Malaysia, Amber Chia muncul dengan gaun kemeja all white untuk jenama Coteri by Celest Choi di Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024.
#5 Scha Al-Yahya
Scha Al-Yahya lengkap dihiasi United Wood dan Brian Khoo ketika menghadiri Mercedes Benz-Fashion Week KL 2024 jenama itu. Gaun hitam bercorak seakan-akan polka dots memberi gaya elegan dan klasik kepada Scha.
#6 Amelia Henderson
Amelia Henderson tampak cool dan anggun dengan gaun berona kuning yang bersinar ketika menghadiri acara fesyen untuk jenama Brian Khoo. Rambutnya yang diikat tocang memberikan keseronokkan dalam gaya Amelia hari itu.
#7 Eyka Farhana
Gaun putih bersinar disarung oleh Eyka Farhana menunjukkan gaya elegannya dilengkapi dengan gaya rambut yang kemas. Eyka juga menggayakan tas tangan berona hitam dari Louis Vuitton.