Selebriti Wanita Cantik Gayakan Jersi Bola Sepak
Gaya pemakaian jersi bola sepak dalam kalangan wanita merupakan trend yang tidak pernah berakhir dalam dunia fesyen.
Selain dari Tenniscore yang dipopularkan oleh Zendaya, fenomena pemakaian jersi bola sepak merupakan salah satu estetika fesyen yang diminati gadis zaman kini. Trend ini dikenali sebagai ‘blokecore’ dan trend menjadikan jersi bola sepak sebagai satu gaya feminin telah diikuti oleh ikon-ikon fesyen seperti Bella Hadid dan Jennie Kim. GLAM akan berkongsi selebriti wanita yang nampak cantik menggayakan jersi bola sepak.
Bella Hadid
Antara gaya jersi bola sepak yang terbaru ialah Bella Hadid. Hadid sememangnya terkenal dengan keunikannya yang suka menggayakan jersi dengan item feminin seperti mini skirt dan kasut tumit tinggi. Pada 11 Julai yang lalu, Hadid terlihat menuju ke Times Square New York untuk kempen Adidas Original. Sehelai jersi vintage Adidas verona merah dan putih, seluar pendek Levi’s 501, stoking putih paras betis dan kasut sukan Adidas Originals SL 72 memberi sporty look kepada Hadid. Jersi hadid di tuck-in ke dalam seluar pendeknya dan dihiasi tali pinggang kulit berona hitam yang tebal.
Dua Lipa
Penyanyi pop terkenal Dua Lipa merupakan antara selebriti yang dari awal membawa gaya musim panas yang bersahaja, iaitu jersi bola sepak. Lipa sentiasa dilihat sebagai gadis musim panas yang rancak mengayakan jersi dengan penuh ceria. Antara gaya terbaru Lipa ialah jersi retro berona merah dan merah jambu. Yang uniknya, jersi ini bukanlah jersi dari mana-mana pasukan boleh sepak. Jersi ini merupakan salah satu dari merchandise album terbarunya, Radical Optimism.
Jennie Kim
Jennie Kim, ahli kumpulan wanita terkenal Korea Selatan pernah tular dengan gaya sporty dalam muzik video Pink Venom (2022) yang lalu. Dia memakai jersi Manchester United Teamgeist yang telah diubahsuai. BLINKS, peminat Blackpink yang peka sudah tentu menyedari bahawa jersi tersebut sangat unik, dengan perkataan “Born Pink” tercetak di atasnya. Born Pink merupakan album studio kedua Blackpink.
Kim Kardashian
Salah seorang dari adik-beradik ikonik Kardashian, Kim juga pernah kelihatan menggayakan gaya ini, atau dikenali sebagai blokecore oleh sesetengah penggemar fesyen. Kardashian telah dilihat mengenakan jersi bola sepak yang membawa estetika blokecore dan Europecore, dengan uniform A.S. Roma dari tahun 90-an dan Paris-Saint Germain dari tahun 2000-an. Nama Roma melonjak dengan 2.3 juta carian di seluruh dunia selepas Kim Kardashian muncul dengan jersi retro tersebut.