Selebriti Dalam Persalinan Chanel

Selebriti Dalam Persalinan Chanel

Chanel bersama Charles Finch menganjurkan acara makan malam sebelum berlangsungnya malam Anugerah Oscar yang lalu. Selebriti yang hadir termasuk wajah Chanel seperti Keira Knightley dan Kristen Stewart tampil anggun dalam persalinan rumah fesyen itu.
 

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERKeira Knightley

 
Wajah Coco Mademoiselle & Rouge Coco yang sedang sarat hamil ini anggun mengenakan top hitam tanpa lengan yang disuai padan dengan skirt putih chiffon dari koleksi Haute Couture spring/summer 2015.
 

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERRinko Kikuchi

 
Pelakon kelahiran Jepun ini memilih padanan jaket tweed dan dress pendek dengan clutch perak beserta sepatu hitam.
 

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERDree Hemingway

 

Top dan skirt kasmir rona kelabu navy dari koleksi Spring/Summer Ready-to-Wear Chanel menjadi pilihan aktres ini. Dipadankan dengan but paten hitam dari koleksi fall/winter, dia membias gaya peribadi.

 

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERJulianne Moore

 
Padanan dress organza serta kasut tumit tinggi hitam dari koleksi Cruise 2015 ini membuatkan Julianne Moore tampak effortlessly chic.
 

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERKristen Stewart

See also
Tingkatkan Gaya Pejabat Dengan Pilihan Pakaian Minimalis Dari UNIQLO Miracle Air

 
Dress tweed dipakai wajah kempen tas tangan koleksi spring/summer 2015 ini kena dengan jiwanya yang sedikit andorgyny.
 

CA: CHANEL AND CHARLES FINCH PRE-OSCAR DINNERRiley Keough

 
Cucu kepada Elvis Presley ini buktikan bahawa Chanel juga sesuai digayakan orang muda dengan padanan top sutera, celana dan jaket dalam rona monokrom.
 
 
Gambar: TPGVIP