Ketahui Info Terbaru Met Gala 2025

Segala yang Anda Perlu Tahu Mengenai Met Gala 2025

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apakah kod pakaian Met Gala 2025?

Berlainan dengan kepercayaan umum, tema pameran Institut Kostum tidak semestinya sama dengan kod pakaian Met Gala di karpet merah. Namun, kedua-duanya sememangnya berkaitan. Sebagai contoh, Met Gala 2024 awal tahun ini di mana tema pameran ialah Sleeping Beauties: Reawakening Fashion dan kod pakaian yang sepadan bertajuk The Garden of Time, yang diilhamkan oleh cerpen klasik J.G. Ballard dengan tajuk yang sama. Walaupun berbeza, kedua-dua konsep ini meneroka idea tentang sifat kitaran penciptaan dan kemusnahan, kecantikan yang sementara, dan banyak merujuk kepada semua perkara berkaitan fesyen arkib.

Jadi, sementara kod pakaian Met Gala 2025 belum diumumkan, kita boleh menjangkakan tema pameran Superfine: Tailoring Black Style akan membawa kepada karpet merah yang penuh dengan fesyen potongan halus, rujukan kepada ‘Black dandyism’ dan pelbagai gaya yang diinspirasikan daripada fesyen lelaki, sama ada dari arkib mahupun kontemporari.