Sebab Sebenar Puteri Diana Sering Menggunakan Clutch Sebagai Aksesori - Glam Malaysia

Sebab Sebenar Puteri Diana Sering Menggunakan Clutch Sebagai Aksesori

Tahun ini menandakan tahun ke-20 kemangkatan Puteri Diana sejak tahun 1997 dan puteri kesayangan rakyat ini juga lazim dikenali sebagai ikon stail yang sangat bergaya dalam pemakaiannya.

 

Daripada stailnya sewaktu meluangkan masa bersama Putera William dan Putera Harry sehinggalah ke gaya dan aura elegan yang dibawa oleh Puteri Diana semasa dia menghadiri acara-acara besar sebagai seorang puteri.

 

Namun baru sekarang kami ketahui sebab Puteri Diana sering menggunakan tas tangan clutch sebagai aksesori beliau tatkala menghadiri acara karpet merah. Did you know why?

 

Melalui satu temubual bersama The Telegraph, pereka tas tangan Anya Hindmarch telah berkongsikan makna disebalik penggunaan clutch tersebut.

 

Diana merupakan antara pelanggan pertama Hindmarch selepas dia membuka butik pertamanya di Chelsea pada tahun 1993. Hindmarch menggambarkan Diana sebagai seorang pelanggan yang sangat setia dan dia sering ke butik Hindmarch tanpa sebarang pengawalan.

 

Ikon fesyen tersebut sering melawati butik Hindmarch untuk mencari clutch yang disukainya sehinggakan mereka berdua mempunyai terma spesifik untuk tas tangan kegemaran Diana itu: cleavage bags.

See also
Wardrobe 02 Bottega Veneta Bersifat Joyful Dan Glamor

 

“Kami sering tertawa sewaktu kami mereka tas yang dia gelar “cleavage bags”, tas tangan clutch satin yang dia sering gunakan untuk menutup lurah dadanya tiap kali dia melangkah keluar daripada kereta,” terang Hindmarch.

 

Smart move, Lady Diana.

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto: Justin Goff