Use your ← → (arrow) keys to browse
Gaun moden yang dianggarkan bernilai RM50,000 itu diperbuat daripada fabrik twill dan diperincikan dengan 5,000 butir batu berlian dan manik dempak jahitan tangan. Ia mengambil masa selama satu bulan untuk disiapkan.
Ezuwan yang hadir di samping Che Ta turut menyarung sut sedondon rekaannya yang menelan belanja sekitar RM40,000.
Kelibat kedua-duanya dilihat hampir menyerupai sosok Kim Kardashian dan pereka busananya yang juga pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia kala menghadiri acara berprestij Met Gala September lalu.
Namun jelas Ezuwan, tidak wujud istilah meniru atau dibayangi sesiapa memandangkan fesyen ini bersesuian dengan musim pandemik yang mewajibkan pemakaian pelitup muka.