Rekaan Segar Koleksi Musim Bunga/Panas 2015 Braun Büffel
Braun Büffel melangkah ke era baru untuk musim bunga/panas 2015 dengan koleksi lebih segar dan muda. Rekaan yang lebih moden dengan palet rona terang dibias pada 26 rangkaian beg kulit untuk koleksi kali ini. Keindahan dunia Itali dijadikan ilham lantas tercentus rekaan bold dan sofistikated sesuai digayakan kelompok fesyen muda wanita dan juga lelaki.
Tonton kempen Braun Büffel musim bunga/panas 2015 yang berlatarbelakangkan keindahan pantai tenang.