Chanel kembali dengan sebuah filem pendek terbaru bertajuk Reincarnation arahan Karl Lagerfeld. Diterajui supermodel Cara Delevingne bersama penyanyi terkenal Pharell Williams, turut muncul Geraldine Chaplin sebagai Coco Chanel. Selain berlakon, Cara turut menunjukkan bakat nyanyiannya dengan mendendangkan soundtrack filem tersebut iaitu “CC The World” bersama Pharrell.