Use your ← → (arrow) keys to browse
Bola keranjang bukan sekadar sukan, ia adalah gaya hidup.
Musim ini, rumah fesyen mewah dari Jerman, MCM, bekerjasama dengan jenama sukan terkemuka, PUMA, dan membawakan slam dunk kepada anda semua. Ini merupakan gabungan yang cukup eksklusif fesyen & sukan bola keranjang. Kerjasama PUMA x MCM meraikan segalanya glamor yang ditawarkan oleh sukan bola keranjang. Kolaborasi ini menampilkan PUMA Slipstream Lo yang ikonik dalam versi edisi terhad.
Foto dari MCM
Setelah bekerjasama pada 2018 untuk pengeluaran edisi khas ikonok Suede, kali ini mereka tampil dengan cita-cita yang lebih tinggi. Di mana PUMA x MCM berusaha untuk memberikan karisma dan keseronokan simbolik bola keranjang dalam rekaan. Lebih-lebih lagi, bintang bola keranjang, Mikey Williams, telah direkrut sebagai triple-double untuk kempen global.