Pretty In Zanotti - Glam Malaysia

Pretty In Zanotti

Kasut Giuseppe Zanotti sudah lama menjadi pilihan selebriti kelas A seluruh dunia. Selain itu, kasut indah ini juga turut disarungkan oleh wanita yang punya cita rasa sofistikated serta punya daya fesyen yang jitu. Maka tidak mustahillah Neelofa, turut menggilai jenama kasut asal Itali ini. Sejak kali pertama menyarungkannya 10 tahun lepas hatinya sudah jatuh cinta akan rekaan dan keselesaan koleksi kasut Giuseppe Zanotti. Terus satu peluang yang tidak dapat ditolak olehnya apabila empunya jenama ini mahu menghasilkan koleksi kasut yang menjadikannya sebagai sumber inspirasi.

Lantas, terhasilkan dua pasang kasut yang masih mengekalkan DNA jenama kasut Giuseppe Zanotti itu sendiri. Juga, Zanotti memadukan stail peribadi Neelofa dalam penghasilan dua pasang kasut ini. “Dazzling Liza for Neelofa” menggunakan batu kristal rona biru lembut yang memancarkan rasa feminin yang punya jiwa cukup yakin selari dengan karakter peribadi Neelofa. Manakala kasut “Mirror Liza for Neelofa” pula adalah kasut kulit kemasan metalik emas dan perak yang cukup bold!

See also
Penampilan Rasmi Putera Harry & Meghan Markle Sebagai Pasangan

Dua pasang kasut ini bakal singgah di butik Giuseppe Zanotti, Pavilion Kuala Lumpur pada akhir November dengan kuantiti yang terhad untuk mengekalkan nilai eksklusifnya. Jenama kasut ini sudah menjadi pilihan wanita di Kuala Lumpur dan Singapura sejak Valiram membuka butik pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur pada 2007 dan kemudiannya pada 2017 butik ION Orchard dibuka.

Bak kata Giuseppe Zanotti, Neelofa ini punya karakter moden maka terhasil idea buat kasut metalik Mirror Liza for Neelofa.

Kasut “Mirror Liza for Neelofa” indah dalam biasan metalik yang cukup berani!

Kasut eksklusif oleh Giuseppe Zanotti ini memancarkan karakter personaliti ini.

Kasut “Dazzling Liza for Neelofa” dalam kemasan kristal biru.