Presentasi Pentas Norma Baharu - Glam Malaysia

Presentasi Pentas Norma Baharu

Pandemik atau norma baharu bukan penghalang artis-artis untuk berkarya. Sungguh pun, pandemik begitu besar sekali cabarannya, insan-insan yang tergolong dalam industri kreatif termasuklah penyanyi, produser, pengarah, penata gaya masih meneruskan ketekunan untuk memberikan hasil yang terbaik. Majlis-majlis seni yang diluluskan berjalan seperti biasa, disarankan untuk mengadaptasi norma baharu dengan mengikut tetapan SOP.

Artis-artis yang mengeluarkan album atau single baharu sepanjang musim pandemik ini, terpaksa mencari alternatif baharu dalam usaha mempromosikan karya-karya mereka untuk tidak tenggelam. Pihak pengurusan dan pasukan kreatif di sebalik seseorang artis itu juga haruslah mengerah idea untuk mendapatkan solusi baru dalam melaksanakan tanggungjawab menghiburkan peminat.

Sepanjang pandemik ini juga, kita dapat saksikan beberapa persembahan yang dikendalikan dengan teknik-teknik baru. Membuatkan saya mengagumi cara mereka berfikir. “How they can think like that?” “How do they get the idea?”

Kita sudah pun berada di penghujung tahun, dan setakat ini boleh disenaraikan persembahan atau konsep hiburan yang saya rasakan cukup gemilang dan ‘fresh’ sekali pelaksanaannya. Biarpun, tiada penonton, namun terdapat idea dan konsep yang di luar jangkaan menjadi perhitungan artis-artis ini dalam membuat persembahan. The show must go on!

  1. DUA LIPA IN VALENTINO COUTURE
Dua Lipa fashion pandemic

TV shows are the new red carpet. 2020 menyaksikan betapa kurangnya penganjuran majlis dan acara karpet merah. Oleh itu, artis-artis mengambil kesempatan untuk bergaya sakan sewaktu dijemput datang ke program-program televisyen. Beberapa hari lepas, Dua Lipa dirakam menggayakan rekaan Valentino Couture sewaktu mengadakan persembahan di program temu bual The Graham Norton Show. Dua Lipa memilih look tujuh dari pementasan Valentino musim luruh/sejuk 2020 yang serba kilat dalam melengkapi konsep persembahan lagu ‘Levitating’. Couture on live TV? How cool is that?

2. CHLOE X HALLE “DO IT” TODAY SHOW

See also
ADI BUSANA DIOR MUSIM LURUH/SEJUK’16 MENGETENGAHKAN PERIHAL NAFAS BARU JAKET BAR DAN SIMBOLIK NUASA HITAM DAN PUTIH.

Jun lepas, Amerika masih mengamalkan ‘total lockdown’ dan akibat itu tiara sebarang anjuran majlis yang diadakan. Walaupun begitu, program-program mengambil langkah baru dengan menayang hiburan hasil produksi artis jemputan itu sendiri. Persembahan mereka dilakukan dari rumah sendiri. Tak perlu datang ke studio untuk membuat persembahan. Artis jemputan diberi peluang untuk ‘showcase’ persembahan mereka dengan konsep dan cara tersendiri. Kebebasan ini memberi ruang buat artis untuk ‘deliver’ persembahan yang unik, berseni dan bersungguh. Seperti, penyanyi duo Chloe x Halle yang membuat persembahan lagu “Do It’ di belakang kediaman mereka. Tidak memerlukan pentas yang gah atau luas, cukup sekadar di belakang kediaman. Ia mampu menghasilkan persembahan yang cukup mengagumkan.

3. CHROMATICA CAME ALIVE

Lady Gaga pandemic fashion

Lady Gaga membawa kita ke alam Chromatica di MTV Video Music Awards 2020. Sempena album terbarunya, Chromatica, Lady Gaga mengtransformasikan pentas VMAs ke alam Chromatica dengan persembahan lagu-lagu barunya, sambil itu menukar lebih daripada 5 looks buat tatapan peminat fesyen Lady Gaga. Tambahan lagi, tiada penonton yang datang untuk bersorak. Malah, senario tersebut merangsang Lady Gaga untuk memberikan persembahan yang terbaik demi hiburan peminatnya yang menonton dari rumah. Melalui itu, kita dapat mendekati imej Chromatica Lady Gaga yang meminjam elemen futuristik sebagai inspirasi.

See also
Update Terkini Fesyen Mesti Tahu

4. ERA BARU ART SHOWS

Jenama-jenama fesyen mengambil langkah baru dalam strategi pemasaran. Memahami senario masa kini, yang tidak membenarkan kita keluar dari rumah, maka itu jenama fesyen superit Gucci menganjurkan OUVERTURE. Sebanyak beberapa episod cerita pendek akan ditayangkan di saluran YouTube rasmi Gucci. Peminat seni boleh menyaksikan cereka pendek tersebut dengan penampilan istimewa ‘fashion muse’ Gucci, seperti Billie Eillish, Harry Styles dan Florence Welch. Cereka pendek yang dikongsikan mengambil senario masa kini seperti pengalaman kuarantin. Pendekatan ini memberi peluang buat kita semua untuk ‘melawat’ galeri seni hanya dari rumah.

5. HOME FASHION SHOOT

pandemic fashion shoot Zara shopping e-commerce

Waktu kuarantin atau ‘stay at home’ membenihkan pelbagai idea baru. Antaranya, bermain TikTok, penggambaran editorial fesyen dari rumah, penggambaran editorial atau kempen fesyen menggunakan aplikasi Zoom dan banyak lagi. Berikutan norma baru ini, orang-orang kreatif mengeluar idea baru tanpa batasan untuk terus meraikan fesyen. ‘Lockdown’ langsung tidak menghalang industri fesyen terus berevolusi. Malah, evolusi baru telah tercipta. Banyak majalah-majalah fesyen menerbitkan muka hadapan dan halaman editorial dengan cara baru yakni syuting menggunakan Zoom atau FaceTime. Terdapat juga, kempen fesyen yang dihasilkan oleh model-model itu sendiri dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka. Jenama fesyen ZARA antara yang terawal memulakan konsep begini. Trend ini menunjukkan bagaimana jenama-jenama fesyen mengatur strategi baru dalam berhubung dengan konsumer mereka ketika ‘lockdown’.

See also
PLAID VS PRINT

Artikel berkaitan: Fesyen Karpet Merah Oscars 2020

Sumber gambar: Google