"Phone Case" Adalah Aksesori Fesyen Baharu Yang Anda Perlukan

“Phone Case” Adalah Aksesori Fesyen Baharu Yang Anda Perlukan

Dalam era digital hari ini, telefon pintar bukan sekadar alat komunikasi, ia mencerminkan personaliti dan gaya hidup yang kita pilih. Sama seperti cara kita memilih kasut, beg tangan atau jam tangan, “phone case” kini telah berkembang menjadi aksesori fesyen yang penting. 

Perubahan paradigma ini didorong oleh kesedaran bahawa telefon pintar sentiasa berada di tangan kita seperti semasa berada mesyuarat penting, majlis makan malam, sesi fotografi media sosial, mahupun ketika bersantai dengan rakan-rakan. Setiap kali kita mengeluarkan telefon, phone case” yang dipilih menceritakan kisah tentang siapa kita. Industri fesyen telah mengambil perhatian, dengan jenama mewah dan artis terkenal kini berkolaborasi dengan syarikat aksesori teknologi untuk mencipta koleksi eksklusif yang menggabungkan seni, budaya pop dan craftmanship berkualiti tinggi.

Berikut Ialah Koleksi “Phone Case” Terkini Pilihan GLAM

1. Takashi Murakami x CASETiFY: Flowers Bloom Collection

Bunga ikonik Takashi Murakami berkembang dengan penuh kegemilangan dalam bab ketiga kolaborasi yang sangat dinanti-nantikan ini. Murakami, seniman Jepun kontemporari yang terkenal di peringkat antarabangsa, membawa motif FLOWERS ke dalam dunia aksesori teknologi dengan cara yang segar dan penuh warna. Koleksi “Flowers Bloom” ini bukan sekadar menampilkanphone case”, malah meluaskan motif ini kepada beg kabin, aksesori teknologi lain, dan pelbagai produk yang memperkukuh statusnya sebagai ikon budaya untuk generasi baharu.

See also
Louis Vuitton Meraikan Seni di Art Basel Miami 2022

2. Essentials by CASETiFY: In Your Element Collection

Model antarabangsa dan ikon gaya, Elsa Hosk, menjadi wajah terbaharu untuk koleksi Essentials by CASETiFY™, bertajuk “In Your Element.” Koleksi ini meraikan keindahan detik-detik harian yang tidak sempurna – saat-saat “mid-scroll, mid-text, mid-life” yang mencerminkan keaslian diri. Reka bentuk dalam koleksi ini mencerminkan estetika minimalis yang sofistikasi, sesuai untuk mereka yang menghargai keanggunan tanpa perlu berlebihan.

3. RIIZE x CASETiFY Collection

Panggilan kepada semua BRIIZE! Kumpulan K-pop global, RIIZE, bekerjasama bersama CASETiFY untuk koleksi aksesori teknologi pertama mereka yang pernah dikeluarkan. Koleksi ini diilhamkan oleh perjalanan muzik mereka dan kenangan yang tidak dilupakan bersama peminat mereka. RIIZE, yang telah mengambil alih dunia K-pop dengan bakat mereka yang luar biasa, kini membawa identiti visual dan artistik ke dalam dunia aksesori teknologi melalui kerjasama eksklusif ini.

Artikel berkaitan: Jeremy Scott & Opening Ceremony Bergabung Dengan Google

Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

Penulis