Walaupun Philipp Plein berjaya merealisasikan matlamatnya untuk “Make NYFW great again” tetapi nampak gayanya Alexander Wang has got something to say berkenaan pertunjukan koleksi sukan Philipp di Milan bulan lepas.
Alexander Wang membawa isu ini ke akaun Instagramnya sendiri dengan sebuah video yang membandingkan pertunjukan fesyennya bersama H&M pada tahun 2014 dengan pertunjukan koleksi Philipp di Milan.
Dalam video tersebut boleh dilihat persamaan antara kedua-dua pertunjukan fesyen tersebut daripada pentas peragaan yang kelihatan seperti trek larian dan model-model berkasi seperti ahli sukan dengan halagan-halagan di sekeliling pentas peragaan tersebut.
Alexander turut menggunakan meme untuk menguatkan lagi kenyataannya.
Can I copy your homework?
Yeah just change it up a bit so it doesn’t look obvious you copied
OK
Pihak Philipp belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tuduhan ini seperti yang dia pernah buat selepas disaman oleh Dolce & Gabbana sebelum ini.