Victoria Beckham Kini Main Peranan Sebagai Perunding Fesyen Diraja

Perunding Fesyen Diraja Victoria Beckham Buat Meghan Markle

From Posh Spice to NYFW Superstar. Victoria Beckham bukan calang-calang nama dalam industri fesyen moden ini. Selain itu, Beckham juga nampaknya memainkan perana sebagai penasihat fesyen “rasmi” buat princess-to-be Meghan Markle.

 

Tidak ramai yang tahu Beckham dan Markle sebenarnya mula berkenalan sejak Markle berpindah ke London tahun lalu. Menurut teman rapat kedua-dua wanita hebat ini, “Mereka mempunyai hubungan yang baik dan sering berkomunikasi. Meghan amat menyukai stail Victoria.”

 

Dalam kesibukan dengan persiapan majlis perkahwinannya, Markle juga telah meminta bantuan Beckham untuk membantunya dalam menyiapkan wardrobe yang sempurna untuk menghadapi kehidupannya sebagai seorang ahli kerabat diraja tidak lama lagi.

 

Beckham juga dikatakan dia sangat teruja untuk menjalinkan hubungan persahabatan bersama Markle dan dia ingin semua orang tahu tentang hubungan mereka. Malah Beckham juga merupakan penyebab utama Markle kelihatan menawan pada hari dia mengumumkan pertunangannya bersama Putera Harry. Pereka itu dikatakan telah membantu rakannya ini untuk mendapatkan khidmat pakar kulit terkenal, Sarah Chapman, yang memerlukan tempoh sekurang-kurangnya enam bulan untuk mendapatkan perkhidmatannya.

See also
Model-Model Generasi Baru Memonopoli NYFW

 

Beckham dan suaminya dikhabarkan akan menghadiri majlis perkahwinan Markle dan Putera Harry seperti mana mereka telah menghadiri majlis istimewa Kate Middleton dan Putera William. Malah David Beckham juga merupakan teman baik kepada Putera Harry.

 

Apakah kebarangkalian Beckham akan mereka gaun perkahwinan buat Markle seperti mana dia mereka gaun perkahwinan teman baiknya, Eva Longoria?