Pertunjukan Fesyen Pertama Dolce & Gabbana di Luar Itali - Glam Malaysia

Pertunjukan Fesyen Pertama Dolce & Gabbana di Luar Itali

Kota metropolitan Hong Kong telah menyaksikan sejarah dilakar! 

 

luke-leitch

Sumber: Luke Leitch

Beberapa hari lalu, Domenico Dolce dan Stefani Gabbana, dari Dolce & Gabbana telah mengadakan pertunjukan fesyen pertama mereka di luar Itali. Hal ini bagi meluaskan “pengaruh” Alta Moda, sebuah kelab berunsur couture yang mereka asaskan pada tahun 2012.

 

Pertunjukan fesyen itu diadakan di lobby Hotel Peninsula yang dihias eksklusif ala Itali dan merangkumi lebih 100 gaya dari peragawan dan peragawati berbangsa Cina. Antara senarai hadirin yang diundang termasuklah editor-editor dari pelbagai majalah ternama sertsa klien tempatan.

 

 

luke1

Sumber: Luke Leitch

 

Walaupun koleksi tersebut banyak mengambil motif bulu burung unta di samping bunga ceri yang diilhamkan dari tradisi Asia, pakaian yang diragakan tidaklah terlalu tertakluk kepada cita rasa pelanggan Cina mereka.

 

“Ada dari kalangan  mereka yang tidak pernah menyaksikan pertunjukan fesyen kami di Itali, jadi terdapat beberapa gaya klasik Alta Moda yang kami selitkan, seperti bunga brocade, renda. Kami tidak mengubah apa yang sedia ada, hanya lokasinya sahaja”, kata Dolce.

See also
Di Mana Cik Puan Julia Rais? Kenali 3 Puteri-Puterinya Yang Jelita Persis Ibu Mereka

 

luke-leitch-jpg2

Sumber: Luke Leitch

“DNA koleksi ini semestinya Dolce & Gabbana”, sambungnya.

 

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah