Pertemuan Kontemporari-Klasik Dalam Himpunan Beg Ikonik Fendi
Pertembungan antara gaya kontemporari dan sentuhan klasik, deretan beg ikonik terkini fendi menghadirkan pesona elegan yang terasa effortless yet profoundly present.
Dalam atmosfera cahaya redup yang membalut koleksi ini, Fendi mengangkat kembali bahasa elegansi melalui siluet ikonik dan material yang dirias penuh teliti. Setiap tas bukan sekadar aksesori, tetapi fragmen warisan rumah fesyen ini, menggabungkan sentuhan artisanal, fungsi kontemporari, dan aura keanggunan yang terasa moden namun kekal setia pada DNA klasiknya.
Ini Deretan Koleksi Beg Ikonik Fendi Musim Terkini
1. FENDI Baguette Falena Patterned Sequins

Fendi Baguette tampil dalam versi yang memukau melalui taburan sequins pelbagai tona dan saiz, membentuk motif Night Butterfly yang diinspirasikan daripada kepak rama-rama. Diperbuat daripada kulit anak lembu hitam bersama corak Peppered Falena, tas ini mengekalkan struktur flap, magnetik clasp dan perincian palladium yang menyerlahkan kehalusan kraf Itali. Ruangnya yang praktikal memuatkan pelbagai barangan, sementara tali kulit bercetak pula cukup variasi di mana ia boleh tanggal lantas memberikan fleksibiliti gaya sama ada digenggam, disandang atau dipakai secara silang.
2. FENDI Backpack Brown FF Jacquard

Beg galas bernuansa klasik ini menonjol melalui fabrik FF jacquard coklat yang menjadi simbol identiti visual Fendi. Direka dengan bentuk bucket yang ringkas namun tegas, ia memadukan keselesaan dan gaya melalui tali bahu yang kemas, penutup serut dan aksen buckle FF di bahagian hadapan. Siluetnya yang tegap tetapi mudah digayakan menjadikan backpack ini pilihan ideal untuk pengguna yang menginginkan sentuhan mewah dalam gaya kasual harian.
3. Mamma Baguette Medium Berona Light Blue-Gray & Gina Fendi Charm

Sebagai evolusi Baguette klasik lewat 1990-an, Mamma Baguette hadir semula dengan interpretasi lebih lembut dan deconstructed untuk koleksi Fendi SS25. Diperbuat daripada nappa leather biru-mercury yang licin, ia dilengkapi flap magnetik, ruang suede luas dan tali beige yang memperindah sistem serut dalaman. Disempurnakan dengan FF clasp bernada sekata dan perincian metal emas, beg ikonik ini hadir lebih peribadi apabila dipadukan pula dengan Gina Fendi Charm, maskot anjing mikro berbalut foulard, kaca mata lakuer hitam dan tag FF yang menambah sisi playful pada keseluruhan look.
4. FENDI Spy Bag Mini Berona Dark Honey

Interpretasi kontemporari daripada It bag era tahun 2000 ini mempertahankan ciri tandaannya, dimana twisted handles yang memancar siluet unik dan penuh karakter. Menggunakan kulit calf beige dengan flap bulat dan simpulan kulit tona senada, Spy Bag Mini menampilkan logo FENDI ROMA tertera kemas dalam emas. Ruang dalaman berlapis jacquard FF coklat tembakau melengkapkan aura nostalgiknya, manakala tali boleh laras dan boleh tanggal menawarkan versatiliti dari genggaman chic ke gaya silang yang effortless.
Artikel berkaitan:
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.

