Pembukaan Butik Saint Laurent di TRX Berlangsung Meriah

Pembukaan Butik Saint Laurent di TRX Berlangsung Meriah

Kehangatan pembukaan butik terkini Saint Laurent di TRX tampil amat bermakna apabila selebriti ternama Thailand, Joong, turut diterbangkan khas bagi memeriahkan acara istimewa ini.

Pada 5 April 2024 yang lalu telah menyaksikan acara yang amat dinanti-nantikan oleh para peminat rumah fesyen ini. Saint Laurent membuka butik terbarunya di pusat beli-belah ini dengan kehadiran ramai selebriti hebat tanah air. Bukan itu sahaja, kemeriahan turut menjadi lebih hangat apabila selebriti popular, Joong, yang diterbangkan khas dari Thailand untuk bersama-sama memeriahkan pembukaan khas ini.

Selebriti seperti Alicia Amin, Eyka Farhana juga Ameera Khan antara yang dilihat menghadiri acara pembukaan ini. Kesemua mereka semestinya tampil cukup stylish menyarung busana daripada koleksi terkini Saint Laurent musim bunga 2024. Tidak ketinggalan Joong yang mempamer gaya gah menawan menyarung suit rona beige bersama padanan halter top bercetak leopard.

Lihat Eyka Farhana, Ameera Khan dan Ramai Menghadiri Pembukaan Butik Saint Laurent di TRX

1) Joong

Saint Laurent

2) Eyka Farhana

Saint Laurent

3) Ameera Khan

4) Alicia Amin

Saint Laurent

5) Lisha Ho

6) Jack Goh

7) Zhen Ning

Layari Saint Laurent untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama ini.

See also
Hublot Pencetus Revolusi Ketukangan Jam Tangan Hebat