Pavilion Pitstop Fashion Beats

Pavilion Pitstop Fashion Beats

PavilionPitstop

Acara fesyen tahunan Pavilion Pitsop di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur kembali buat kali ketujuh pada 25 hingga 29 Mac 2015 nanti. Menerusi kerjasama dengan Prudential Assurance Malaysia Berhad, tema ‘Fashion Beats!’ diketengahkan sempena Perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix.
 
Himpunan koleksi musim/bunga 2015 dari pelbagai jenama antarabangsa bakal dipentaskan buat pertama kalinya di Malaysia. Antaranya Coach, dengan kerjasama GLAM akan mempersembahkan koleksi Cool Americana. Coach membawa pencinta fesyen kembali ke era 70-an menerusi koleksi ini. Potongan seluar kembang, oversized jumpers serta nada Bohemian menjadi pertaruhan. Turut memeriahkan lagi pentas fesyen Coach adalah persembahan oleh artis terkenal iaitu Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow dan SonaOne.
 
Selain itu Coach turut membuat tawaran diskaun 10% kepada pembeli yang berbelanja sebanyak RM1,500 mulai 13 hingga 29 Mac 2015.
 
COACH_SS15_LOOK_14
COACH_SS15_LOOK_23