Parti Terhebat 2015

Parti Terhebat 2015

Oleh: Aizat Aidid
 
GLAM tutup diari 2015 dengan mengimbas kembali antara parti terhangat yang berlangsung sepanjang tahun ini!
 

[soliloquy id="41728"]

 
#GRTNYC17
Lokasi: Garaj parkir di Delancey Street, New York
Parti: Buat kali pertama Ricardo Tisci memilih Minggu Fesyen New York untuk mementaskan himpunan rekaannya buat Givenchy. Namun, itu bukanlah menjadi bualan hangat kerana parti global Givenchy lebih mendapat fokus kelompok fesyen dan ia bertemakan era 80-an. Rayne Baron atau lebih popular dengan nama Ladyfag yang merupakan sahabat baik Tisci dan juga pereka parti ini cuba menghidupkan semula memori kelab malam tatkala pertama kali Tisci menjejakkan kaki di New York pada awal dekad 90-an. Menariknya, setiap jam satu ruang akan dibuka dan tetamu akan dihiburkan dalam suasana yang berbeza-beza. Parti berakhir sekitar 3.30 pagi dan khabarnya amatlah payah untuk mendapatkan teksi untuk pulang ke kediaman masing-masing.
A-LIST: Kendall Jenner, Kim Kardahsian, Courtney Love, Liv Tyler, Joan Smalls dan Victor Cruz.
 

[soliloquy id="41826"]

 
MEMBERS ONLY CLUB
Lokasi: Palais D’Lena, Paris
Parti: Bangunan yang direka oleh Auguste Perret pada 1937 menjadi lokasi pilihan Miuccia Prada untuk mengajurkan parti sempena pelancaran wangian pertama Miu Miu dan sekali gus mempertontonkan himpunan pra-musim bunga 2016 Miu Miu. Menjadikan kelab malam Paris yang cukup misteri sebagai inspirasi parti ini, tetamu dihidangkan dengan muzik oleh Frederic Sanchez yang mana orang penting dalam menghasilkan runut bunyi pertunjukan Miu Miu. Selain itu, selepas lebih dua dekad Miu Miu melancarkan wangian pertama mereka dan tetamu yang hadir menjadi kelompok pertama mencuba wangian yang diletakkan di bilik khas.
A-LIST: Marc Jacobs, Kate Moss, Caroline Issa, Elizabeth Olsen dan Naomi Campbell.
 

See also
Fokus - Nashrul Nasir, Pengasas Dzafr Deko

[soliloquy id="41791"]

 
CHINA BOWL
Lokasi: Metropolitan Museum of Art’s Costume Institute, New York
Parti: Khabarnya harga satu tiket untuk mendapatkan kad jemputan ke acara tahunan Met Gala adalah bernilai RM110,000. Namun parti itu terus menjadi tiket paling hangat kerana hampir semua mahu menghadirinya. Tahun ini menyaksikan Anna Wintour memilih Gong Li untuk menjadi hos bersama kerana tema pameran adalah berkaitan tentang China. Ada beberapa after parties yang berlangsung selepas acara Met Gala 2015 berakhir. Michael Kors menganjurkan parti di Mark Hotel dan Yahoo pula menjadi after parti rasmi Met Gala yang berlangsung di Boom Boom Room, The Standard. Lady Gaga dan Alexander Wang pula berparti di Diamond Horseshoe.
A-LIST: Rihanna, Lady Gaga, Beyonce Knowles, Cher dan Jennifer Lawrence.
 

[soliloquy id="41806"]

 
ALEXANDER WANG SEDEKAD
Lokasi: Pier 64, New York
Parti: Parti anjuran Alexander Wang  bagaikan satu pesta fesyen yang paling eksklusif dan semua mahu menghadirkan diri. Apatah lagi, parti sempena sedekad dia berkecimpung di dalam dunia fesyen. Mereka yang hadir dijamukan dengan hidangan daripada Hooters serta malam itu bertambah rancak dengan persembahan pole dancing yang direka oleh Mona Marie, penari utama buat Madonna. Antara momen penting adalah apabila jam berdetik 1.30 pagi, Alexander Wang memberitahu yang dompetnya hilang dan meminta bantuan tetamu yang hadir untuk mencarikan dompet itu, atau dia mungkin tidak boleh terbang ke Paris untuk pertunjukan Balenciaga!
A-LIST: Lady Gaga, Bella Hadid, Kanye West, Nicki Minaj dan Tinashe.
 

See also
Kolaborasi Dinanti-nanti GUE$$ x A$AP Rocky!

[soliloquy id="41822"]

 
ANGKATAN TENTERA BALMAIN
Lokasi: 23 Wall Street, New York
Parti: Bangunan milik Morgan Guaranty Trust Company yang lebih dikenali dengan The Corner menjadi lokasi buat tetamu Balmain serta H&M menyaksikan himpunan kolaborasi fesyen itu. Olivier Rousteing bukan sahaja mereka himpunan yang berinspirasikan Balmain malahan dia memberi kejutan paling besar apabila memberi ruang kepada kumpulan lelaki paling popular dekad 90-an Backstreet Boys untuk membuat persembahan penutup.
A-LIST: Coco Rocha, Gigi Hadid, Kendell Jenner, Diane Kruger dan Lewis Hamilton.
 

[soliloquy id="41801"]

 
HAVANA CLUB
Lokasi: Elizabeth Street Garden, New York
Parti: Taman di Elizabeth Street bertukar seolah-olah anda berada di Havana, Cuba. Parti yang dianjurkan oleh Stella McCartney sempena himpunan pra-musim bunga 2016 itu disambut oleh stilt walkers dan hiasan  tanglung rona-rona pop. Sambil tetamu menikmati sinar mentari New York, peragawati pula dibiarkan bersosial dengan mereka sambil menikmati muzik daripada Cuba. Pastinya parti itu tambah ceria dengan permainan daripada sarkas untuk dicuba oleh tetamu.
A-LIST: Hanneli Mustaparta, Liv Tyler, Alan Cumming, Miranda Kerr dan Cara Delevigne.
 

[soliloquy id="41785"]

 
PARTY FOR ROYALTIES
 
Lokasi: The Desert Compound, California
Parti: Festival muzik Coachella mempunyai pengikut yang tersendiri dan parti yang dianjurkan oleh Jeremy Scotts pula adalah tiket undangan yang paling dikehendaki. Kali ini, parti Pengarah Kreatif Moschino itu meriah dengan adanya DJ hebat yakni Misshapes, Diplo dan Skrillex. Khabarnya, Scotts sendiri yang menyenaraikan siapa tetamu yang boleh diundang untuk hadir ke partinya setiap tahun ini. Hanya muzik dan fashion royalties!
A-LIST: Katy Perry, Alexander Wang, Lexi Boling, Fergie dan FKA Twigs.
 

See also
Ariana Grande Menangguhkan Konsert Jelajahnya Ikutan Kejadian Manchester

[soliloquy id="41815"]

 
ALL TASTES OF DOWNTOWN
Lokasi: Irving Plaza, New York
Parti: Pasangan duo, Dao-Yi Chow dan Maxwell Osborne yang baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Kreatif baru buat DKNY menganjurkan parti selepas himpunan musim bunga 2016 di New York. Mereka menjemput Santigold untuk memanaskan parti dan penyanyi itu mendendangkan lagu-lagu hitnya termasuklah Radio yang menjadi runut muzik buat filem Paper Towns. Tema parti hitam dan putih itu selari dengan palet warna koleksi debut
mereka di DKNY.
A-LIST: Kate Mara, Jason Derulo, Jenna Lyons, Olivia Culpo dan Shea Marie.
 

[soliloquy id="41834"]

 
PRIVASI COCO
Lokasi: Saatchi Gallery, London
Parti: Ramai pecinta dunia seni kontemporari singgah ke kota London buat acara tahunan Frieze Art Fair. Sehari sebelum berlangsungnya acara itu, kelompok fesyen terlebih dahulu berparti untuk meraikan tanda bermulanya pameran Mademoiselle Prive yang mana ia berkenaan kehidupan dan legasi mendiang Coco Chanel. Malam yang diserikan dengan bintang-bintang terkenal dunia itu dihiburkan dengan filem pendek lakonan Geraldine Chaplin yang memegang watak sebagai Coco Chanel. Tetamu yang hadir seakan berpesta di apartment milik Coco Chanel di Rue Cambon kerana tangga kaca ikonik itu dibina untuk menghiasi ruang pameran.
A-LIST: Lily-Rose Depp, Rita Ora, Stella Tennant, Julianne Moore dan Vanessa Paradis.