Jika sebelum ini, COACH mengumumkan penyanyi, pelakon, usahawanita dan mogul fesyen menjadi wajah eksklusif jenama hebat COACH, dan baru-baru ini, gambar-gambar untuk kempen mereka, Coach Spring 2020 akhirnya dipertontonkan secara rasmi.
Melangkah tahun baru, COACH mengangkat tema ‘Originals Go Their Own Way’ menyingkap di sebalik keraian wajah eksklusif kempen yang memaparkan Jennifer Lopez dan Michael B Jordan. Dipersaksikan gambar-gambar menawan yang dirakam sendiri oleh jurugambar terkenal, Juergen Teller dengan kerjasama bersama Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers melunaskan tema Amerikana COACH, yang dirakam sekitar sekitar kota New York, tempat asal kelahiran jenama Coach sejak 1941, seperti Edge at Hudson Yards dan The High Line.
Kempen ‘Originals Go Their Own Way’ COACH memfokuskan rangkaian aksesori baru seperti rangkaian beg Hutton, the Rambler dan beg galas lelaki seperti Pacer Backpack dan Belt Bag. Turut tersedia adalah koleksi ready-to-wear yang menampilkan kulit sebagai elemen utama koleksi ini.