Opening Ceremony Mempamerkan Koleksi Mereka Melalui Persembahan Balet - Glam Malaysia

Opening Ceremony Mempamerkan Koleksi Mereka Melalui Persembahan Balet

Dalam kesibukan pereka-pereka fesyen bersiap sedia untuk Minggu Fesyen New York (NYFW), jenama fesyen Opening Ceremony pula sibuk dengan persembahan balet mereka di Teater David H. Koch Theater, Lincoln Center.

 

Humberton Leon dan Carol Lim
Foto: Filep Motwary

Humberto Leon dan Carol Lim, pereka Opening Ceremony, membuat keputusan untuk tidak mengadakan pertunjukan fesyen di atas pentas peragaan untuk NYFW yang akan datang ini dan sebaliknya mereka dengan kerjasama bersama New York City Ballet (NYCB) dan koreografer Justin Peck untuk mengadakan satu persembahan tarian balet pada 28 Januari ini.

 

Persembahan itu bakal menampilkan program baru Justin untuk Musim Sejuk 2017 NYCB di mana penari-penari itu akan menggayakan pakaian dengan gaya jalanan hasil rekaan Humberto dan Justin. Penari-penari balet itu juga akan memakai kasut sneaker dan bukannya kasut balet mereka.

Opening Ceremony juga turut menggunakan pendekatan “see-now-buy-now” untuk persembahan mereka ini dan koleksi mereka akan dijual dibutik-butik mereka sehari selepas persembahan itu.

See also
Pentas Gucci Cruise 2017 Di Westminster Abbey London

 

Opening Ceremony Spring/Summer 2016
Foto: Edward James/WireImage

Ini bukanlah kali pertama Opening Ceremony mengambil pendekatan yang berbeza dan unik seperti ini dalam mempamerkan koleksi mereka kepada dunia fesyen kerana semasa pertunjukan fesyen mereka pada September 2015 memberikan kejutan kepada mereka yang hadir apabila model-model mereka jalan terhuyung-hayang dan mula menari mengikut koreografi hasil Justin  di atas pentas peragaan.

 

Opening Ceremony Spring/Summer 2016


 


 

Ballet dancers/models falling on purpose at @openingceremony #nyfw @elleusa

A video posted by Nikki Ogunnaike (@nikkiogun) on


 

Nantikan persembahan Opening Ceremony, Justin Peck dan New York City Ballet pada 28 Januari ini.

See also
Koleksi Terbaharu Anya Hindmarch Ketengahkan Individualiti