Onitsuka Tiger Perkenal MEXICO 66™ CACTFUL™ - Glam Malaysia
Onitsuka Tiger Perkenal MEXICO 66™ CACTFUL™

Onitsuka Tiger Perkenal MEXICO 66™ CACTFUL™

Mempersembahkan MEXICO 66™ CACTFUL™, koleksi pertama yang menggunakan material daripada kaktus. 

Jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger, berterusan memberikan kejutan dalam koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen juga suka bersama warisan dan daya inovasi hebat. Maka tidak hairan, jika kali ini, Onitsuka Tiger sekali lagi menghasilkan koleksi luar biasa. Dengan bangganya, jenama ini mengumumkan pelancaran kasut sneaker MEXICO 66™ CACTFUL™, versi terkini daripada himpunan ikonik MEXICO 66™.

Buat pertama kalinya, Onitsuka Tiger menggunakan material kaktus dalam pembikinan kasutnya. Menggunakan lebih 20 peratus penggunaan bahan kaktus yang diletakkan pada bahagian atas sepatu ini. Material baharu ini telah dibangunkan oleh Onitsuka Tiger bersama barisan jurutera daripada DESSERTO®. Mereka menggunakan gentian kaktus Mexico untuk koleksi ini sebagai sokongan kepada pengurangan impak terhadap alam sekitar dan dalam pada masa yang sama, memenuhi piawaian kualiti dan produk yang ditetapkan oleh teknologi pintar jenama ini langsung digunakan secara global. 

Masih mengekalkan elemen reka bentuk ikonik koleksi MEXICO 66™ ini, lima rona istimewa tersedia bagi meningkatkan lagi karakter tekstur lembutnya, di mana ia sukar untuk dinyatakan pada material kulit asli. Bukan itu sahaja, antara ciri lain yang boleh dilihat pada keseluruhan himpunan ini adalah material kaktus ini yang turut bersifat ringan dan pada tali kasutnya juga, jenama ini memfokuskan penggunaan bahan kitar semula. 

See also
Inspirasi Suai Padan Sneakers

 Baru-baru ini, berlangsungnya majlis pelancaran koleksi ini yang diadakan secara eksklusif di Kedutaan Mexico di Jepun. Melba Pria, Duta Mexico yang bertempat di Jepun turut berkongsi,

Kami berbesar hati mempunyai hubungan erat seperti ini dengan Onitsuka Tiger menerusi kaktus Mexico.Kami berharap dengan terhasilnya produk ini, kamidapat menyumbang kepada pengedaran baranganberasaskan material kaktuske seluruh dunia, juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan, mengeratkanhubungan diplomatik, yang diharapkan dapat membantu kepada kemakmuran industri

MEXICO 66™ CACTFUL™ ini boleh didapati di butik-butik utama Onitsuka Tiger di 15 negara seluruh dunia mulai Januari 2023.

 

Pautan Berkaitan: Ada Apa Dengan Tiffany, Andy dan Hailey?