Use your ← → (arrow) keys to browse
Apakah Visi Olena dalam lapangan barang kemas?
Kami akan cuba sebaiknya untuk menjadikan jenama ini eco-conscious, maka koleksi kami hadir dalam kuantiti yang kecil agar lebihan barangan terbaung lebih minimum. Kami juga dalam projek untuk melancarkan barangan yang menggunakan bahan metal yang dikitar semula. Bagi jangka masa panjang, bermula tahun hadapan kami mahukan barangan yang dihasilkan menggunakan bahan kitaran semula. Mengenai rekaan pula, kami mahu luaskan koleksi rantai dan cincin untuk bersifat lebih uniseks! Bagi kami, barang kemas kini perlu bersifat inklusif dan sesuai untuk digayakan dalam apa juga cita rasa. Selari dengan moto kami, Our Creations, For Your Curation.