Olena, Memupuk Kelestarian Rekaan Barang Kemas - Glam Malaysia
olena

Olena, Memupuk Kelestarian Rekaan Barang Kemas

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dalam suasana yang unik tahun lalu, Nisa Ashman dan Alia Farouk sepakat melancarkan demi-fine contemporary jewellery bernama Olena. Sepupu rapat ini memberi fokus pada material 18 karat emas kuning vermeil dan rhodium vermeil sebagai asas buat aksesori barang kemas mereka. Mereka juga meletakkan jenama barang kemas ini sebagai eco-conscious brand dengan melancarkan koleksi dalam kuantiti yang kecil, agar tidak membazir dalam pengunaan bahan-bahan asas.

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.