OBSESI GLAM: Marini Ramlan - Glam Malaysia

OBSESI GLAM: Marini Ramlan

GLAM selongkar citarasa gaya peribadi Marini Ramlan, Ketua Inovasi Kandungan & Digital.
 

marini

Bagaimana gaya harian anda di tempat kerja?
 
Saya penggemar barang vintaj. Selalunya, pilihan dress vintaj disarungkan bersama kasut balet. Rambut pula disanggul tinggi. Bagi menambah seri, saya akan gayakan bersama subang hoop vintaj berona emas. Ini adalah gaya yang boleh saya gayakan tatkala hadir ke acara keramaian di waktu kerja atau ketika sibuk di pejabat. Gaya ini adalah paduan antara sifat feminin namun masih kekal profesional. Kalau ada acara pada waktu malam, hanya gantikan kasut bertumit tinggi sahaja!

 

Item penting di dalam gerobok anda?
 
Saya ada pelbagai jaket dalam rekaan yang berbeza-beza seperti kimono hingga yang mempunyai cape. Selalunya saya suka padankan jaket bersama seluar denim biru atau hitam. Ia mampu menyerlahkan sisi kreativiti saya yang bekerja dalam bidang seni ini dan tidak menyinggung perasaan orang di bahagian korporat. Aksesori seperti subang, gelang dan rantai vintaj sebagai penambah seri dalam pemakaian harian di pejabat.

See also
GLAM-Approved: 8 Hadiah Istimewa Giorgio Armani

 

[soliloquy id=”52704″]

 

Nasihat fesyen terbaik buat wanita yang mahu bekerja dalam bidang produksi televisyen?
 
Sentiasa berjaga dalam hal bergaya. Kunci kata adalah kreativiti! Gunakannya sebagai satu kelebihan anda dalam hal bergaya tatkala ke pejabat. Apabila menceburkan diri dalam dunia seni anda punya lesen untuk bergaya lebih unik berbanding dengan wanita di dalam bidang korporat atau dunia profesional. Wanita dalam dunia produksi tidak perlukan sut, tapi janganlah pula berpakaian comot. Solekan nipis, rambut disisir rapi dan jangan lupa yang anda adalah seorang wanita!

 

Berapa kerap anda luangkan masa untuk membeli belah?
Mungkin sebulan sekali tapi saya bukan jenis yang merancang. Semuanya terpulang jika saya mempunyai masa untuk keluar membeli-belah. Ada ketika, sedang asyik bekerja boleh singgah ke kedai untuk membeli baju dengan cepat. Ada sebilangan jenama yang sudah menjadi kegemaran dan ia cukup elok terletak pada badan. Saya juga suka membeli belah di bazar fesyen. Di sana, mereka menawarkan ceraian yang lebih unik.

See also
Fantasi Fesyen "THE DIORAMOUR", Apakah Item Yang Hangat?