Use your ← → (arrow) keys to browse
Dari tong sampah ke almari pakaian anda!
Fesyen sedang dalam misi untuk mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar dengan membuat sesuatu yang unik dan menghasilkan sesuatu yang baharu daripada sesuatu yang lama.
Kain lusuh, barang yang tidak terjual, pakaian usang, puntung rokok, tayar dan juga makanan lain kini merupakan bahan asas yang digunakan sebagai material kepada pakaian anda. Sukar dipercayai namun tidak dapat dinafikan, selama ini sampah yang kita letakkan di tong sampah sebenarnya dipenuhi dengan sumber yang boleh diberikan kehidupan kedua dan bukannya sekadar berakhir di tapak pelupusan sampah.
Foto: O.T.A. Paris
O.T.A. Paris On The Asphalt telah lama menangani isu itu melalui penghasilan kasut mampan mereka. Sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya diperbuat daripada bahan kitar semua, antaranya seperti tayar. Tetapi, hari ini jenama itu megorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan kerjasama dengan rangkaian restoran Sushi Shop.